Posted by : Anas Nazri Saturday, October 19, 2013

iPhone (2)

Sanggup Jual Anak Untuk Beli iPhone.

China – Gara-gara terlalu inginkan Iphone, sepasang suami isteri sanggup menjual bayi mereka yang baru beberapa minggu dilahirkan demi mendapatkan wang untuk membeli gajet tersebut.
Pasangan yang dikenali sebagai Zhang dan Teng itu dikesan melakukan perbuatan tersebut selepas mengiklan dalam surat khabar.
Dalam iklan tersebut, mereka menyatakan sanggup memberikan anak mereka, sebagai pertukaran untuk wang tunai berjumlah £5,000
Selepas menjual bayi tersebut, mereka menerima wang yang dimasukkan ke dalam bank.
Sebaik mendapat wang tersebut, pasangan itu yang juga mempunyai dua anak lain telah berjoli sakan dan membeli iPhone serta barangan mewah yang lain.
Zhang dan Teng yang tidak bekerja itu juga memberi alasan kepada pihak berkuasa bahawa mereka berbuat demikian demi kepentingan bayi tersebut.
Jelasnya mereka mahu bayi itu mendapat keluarga angkat yang lebih stabil kewangannya.
“Kami bukannya memberikan bayi tersebut semata-mata untuk wang, tetapi mahu dia mendapat kehidupan yang lebih baik,’’ katanya.
Bayi
Selain itu, dalam usaha untuk menyembunyikan perbuatan keji itu, Zhang telah berbohong kepada jiran-jirannya bahawa dia tidak mengandung, sebaliknya perutnya buncit kerana terdapat tumor di dalamnya.
Bayi itu juga dilahirkan di rumah, bagi mengelakkan pihak berkuasa mengetahui mengenai kewujudannya.
Mereka kini didakwa atas tuduhan pemerdagangan kanak-kanak dan bakal berdepan dengan hukuman penjara.

Sumber : MYnEWSHUB

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -