Posted by : Unknown Thursday, December 12, 2013

Kes Selesai: Selepas Pulangkan Syiling 5 Sen, Rebecca Terima Not RM1 Drpd Erma Fatima
Nampaknya kes perbalahan Rebecca Nur Al Islam dengan pengarah tersohor, Erma Fatima sudah pun selesai apabila Rebecca akhirnya mengalah dengan menerima duit kertas not RM1 yang diberikan Erma kepadanya.
Berdasarkan keputusan mahkamah sebelum ini, Erma telah diarahkan melunaskan baki bayaran RM11,200 yang lambat dibayar kepada aktres itu.
Kes Selesai: Selepas Pulangkan Syiling 5 Sen, Rebecca Terima Not RM1 Drpd Erma Fatima
Watak Rebecca dalam drama Dejavu di Kinabalu telah dimatikan pada episod ke-19, sedangkan dalam kontrak mengatakan dia akan terlibat sehingga episod ke-28.
Berhubung isu tersebut, Rebecca yang bersuamikan seorang peguam telah menggunakan haknya untuk menuntut baki bayaran miliknya itu.
Sebelum ini, Erma membayar duit syiling 5 sen dan menghadiahkan senaskhah Al-Quran kepada Rebecca namun pelakon kelahiran Johor Bahru itu telah memulangkannya kerana merasakan Erma seakan menyindirnya dengan perbuatan tersebut.
Menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi, Rebecca menulis, “mengalah tidak bererti kalah. Pagi tadi firma guaman saya menerima wang kertas RM1 pula dari pihak puan Fatimah Rahmad. Tidak mengapa jika cara itu boleh memuaskan si hati insan bernama Fatimah Rahmad, saya redha”.’
Kes Selesai: Selepas Pulangkan Syiling 5 Sen, Rebecca Terima Not RM1 Drpd Erma Fatima
Kes Selesai: Selepas Pulangkan Syiling 5 Sen, Rebecca Terima Not RM1 Drpd Erma Fatima
Baguslah begitu, tak elok dipanjang-panjangkan perkara yang sepatutnya sudah pun boleh diselesaikan sejak dari dahulu lagi.
Diharapkan kedua-duanya dapat bermuhasabah diri di atas perkara yang berlaku dan mengambil iktibar daripada insiden begini agar tidak lagi berlaku di kemudian hari. – MyNewsHub

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -