Showing posts with label berita. Show all posts
Nasib Malang, Wanita Tersungkur Depan TV

Nasib Malang, Wanita Tersungkur Depan TV - KRQE New Mexico : “Saya suka melihat bagaimana saya melalui hari-hari dengan perkara yang dijangkaka – sebab itu saya bekerja dengan (stesen) TV’. Tulisan penyampai berita KRQE TV, Jessica Garate dalam blognya, menggambarkan insiden lucu yang berlaku ketika dia sedang bertugas.
Insiden berkenaan menjadi bahan ketawa orang ramai yang menyaksikan berita tersebut.
Ketika sedang membacakan laporan mengenai perkahwinan sesama jenis, tanpa disangkanya, salah seorang kakitangan krew di dalam studio telah tersungkur di sebelahnya.
Kejadian itu disiarkan secara langsung dan stesen TV berkenaan memutuskan untuk membiarkannya kerana berita itu sedang keudara.
Meskipun wanita yang tidak dinamakan itu terjatuh di sebelahnya, namun Garate tetap professional dan meneruskan laporan tersebut.
Dia yang bekerja dengan stesen TV tersebut sejak 2004, menyampaikan laporan berita itu tanpa mempedulikan mengenai `tetamu tidak diundang’ tersebut.
Wanita yang terjatuh itu adalah salah seorang kakitangan itu itu, yang bertugas menjawab panggilan telefon.
Mujurlah dia tidak cedera dan lantas bangun serta berjalan masuk ke dalam studio.
Dua Mayat Lelaki Ditemui Dalam Kereta

Dua Mayat Lelaki Ditemui Dalam Kereta.
JOHOR BAHRU – Dua lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh di dalam sebuah kereta berhampiran susur keluar Plaza Tol Senai Utara, dekat Kulaijaya, hari ini.
Mayat S.Visvanathan, 48, yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dan M.Kalaiselvan Mudaliar, 38, dari Kuala Lumpur, ditemui dalam kereta Perodua Myvi berwarna merah pada pukul 9 pagi.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supritendan Zulkefly Yahya berkata terdapat kesan-kesan lebam pada badan kedua-dua mereka, dipercayai akibat dipukul.
“Mayat Visvanathan ditemui di kerusi penumpang depan manakala mayat Kalaiselvan Mudaliar ditemui pada kerusi belakang,” katanya ketika dihubungi.
Zulkefly berkata polis percaya mereka diserang di kawasan lain sebelum mayat bersama kenderaan yang didaftar atas nama seorang individu beralamat di Seremban itu ditinggalkan kira-kira 300 meter dari plaza tol berkenaan.
Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat, katanya.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi polis di talian 07-2212999 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – Bernama
Tulang Muka Hancur Ditolak Polis [Video]
![[Video] Tulang Muka Hancur Ditolak Polis [Video] Tulang Muka Hancur Ditolak Polis](http://i.imgur.com/clau252.jpg)
Tulang muka seorang wanita hancur apabila dia ditolak secara membabi buta oleh seorang anggota polis lelaki yang sedang bertugas pada ketika itu.
Wanita itu yang berasal dari Chicago, Amerika Syarikat, Cassandra Feuerstien, 47, telah ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.
Seperti biasa, menerusi video berdurasi empat minit dua puluh lima saat itu, Cassandra telah dibawa ke lokap dan menjalani sesi soal siasat.
Kemudian ketika ingin kembali ke sel lokapnya, anggota polis tersebut telah menolaknya dengan kuat sehingga mukanya tersembam pada kerusi konkrit yang ada di situ.
Akibat insiden tersebut, doktor menyatakan tulang mukanya patah teruk serta tidak dapat diperbetulkan dan perlu diganti dengan besi titanium.
Sungguh pun wanita itu melakukan kesalahan, anggota polis tersebut tidak sepatutnya memperlakukan pesalahnya sedemikian rupa sebaliknya perlu menerapkan ciri-ciri profesionalisme dalam menjalankan tugasan hariannya. – MyNewsHub