Showing posts with label informasi. Show all posts

BIADAP! Hisap Rokok, Tunjuk Perut Depan Sekolah Agama


BIADAP! Itulah yang boleh dirumuskan daripada perbuatan wanita dalam gambar di atas.

Memang nampak sengaja sangat dia berdiri di depan papan tanda ‘Zon Menutup Aurat Dan Berpakaian Sopan’ lalu mengangkat baju menampakkan perut, tangan buat isyarat lucah sementara rokok terkepil di bibir.

Gambar melampau ini dipercayai diambil di Sekolah Rendah Agama Bersepadu, Taman Sri Tebrau, Johor Bahru, Johor.

Agaknya perempuan ini tak ada rasa malu langsung kalau perbuatanya ini disaksikan anak-anak kecil yang sedang menuntut ilmu akhirat di sekolah tersebut.

Tak kiralah sama ada beragama Islam atau pun tidak, jelas pelakunya mempunyai perangai yang buruk dan masalah moral kronik. – REM RAMZI


Saturday, December 21, 2013
Posted by Unknown

Rakam Video Terlampau, GPK Wanita & Kekasih Pakistan Naik Mahkamah

Seorang guru penolong kanan dan kekasihnya yang merupakan warga Pakistan dihadapkan ke mahkamah majistret di sini, semalam atas pertuduhan merakam video lucah di dalam sebuah rumah, November lalu.

Rakam Video Terlampau, GPK Wanita & Kekasih Pakistan Naik Mahkamah

Tertuduh, Lizah Buang, 49 dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan yang didakwa ke atas mereka di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh.

Berdasarkan pertuduhan, Lizah dan Muhamad Usman didakwa bersama-sama merakam video lucah atau yang bertentangan dengan kesopanan awam.

Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama kira-kira jam 8.30 pagi pada 16 November 2013.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara maksima lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM3,000 terhadap Lizah, namun membantah jaminan terhadap Muhamad Usman yang merupakan warga asing.


Bagaimanapun, Lizah ketika rayuan memohon supaya jumlah wang jaminan dikurangkan memandangkan dia menanggung enam anak serta suaminya yang sakit dan tidak bekerja. Sementara itu, Muhamad Usman juga merayu supaya dibenarkan jamin terhadapnya yang mempunyai isteri di Pakistan.

Selepas mendengar rayuan tertuduh, Mohd Firdaus kemudian membenarkan Lizah diikat jamin RM2,500 sementara Muhamad Usman RM10,000 dengan dua penjamin serta syarat melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Tarikh sebutan kes bagi lantikan peguam ditetapkan pada 23 Januari 2014.
Posted by Unknown
Tag :

Permohonan BR1M 2014 di Buka Bermula 23 Disember Ini

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Januari depan, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan media semalam.

Permohonan BR1M 2014 di Buka Bermula 23 Disember Ini

Menurut kenyataan itu penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

"Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut,” kata kenyataan itu.


Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.

Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang. - Bernama
Wednesday, December 18, 2013
Posted by Unknown

8 GAMBAR- Skyline Terbakar, 6 Sekawan Rentung

Enam sekawan maut dalam insiden kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta jenis Nissan Skyline yang berlaku di Bulatan Kampung Pandan berhampiran Kompleks Sukan Kampung Pandan di sini, awal pagi tadi.

8 GAMBAR- Skyline Terbakar, 6 Sekawan Rentung

Dalam kemalangan kira-kira jam 12.30 malam itu, kereta yang dinaiki oleh tiga lelaki dan tiga wanita itu dalam perjalanan menuju ke Kampung Pandan sebelum terbabas lalu merempuh tembok jejambat kemudian memasuki laluan bertentangan.


Pemandu dan penumpang kereta itu dipercayai gagal menyelamatkan diri selepas kenderaan tersebut terbakar.


Komanden operasi kanan, Hamid Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.42.


"Seramai 13 anggota dan pegawai dari Balai Bomba Dan Penyelamat Pudu dan Hang Tuah tiba ke lokasi kira-kira 10 minit kemudian," katanya


Beliau berkata, api marak dan kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu rentung.


"Kita berjaya mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit itu kira-kira 20 minit.

"Identiti kesemua mangsa masih belum dapat dikenalpasti berikutan keadaan semua mangsa rentung," katanya. Kesemua mayat di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.


#Terdapat percanggahan info mengenai jumlah kematian, HM melaporkan 4 maut, Sinar 6 maut manakala BH pula melaporkan 5 maut.
Posted by Unknown

Premis P1 Wimax Musnah Dirempuh Kereta…Tak Sengaja Atau Terlalu Marah?

Premis P1 Wimax Musnah Dirempuh Kereta…Tak Sengaja Atau Terlalu Marah?
Kemarahan pengguna terhadap P1 Wimax nampaknya kian meluap-luap dan sekarang dah sampai tahap meletup!

Sebelum ini ada yang bertindak menghasilkan page Facebook P1 Wimax Sucks di mana para pengguna yang sakit hati dengan perkhidmatan ini berkongsi pengalaman masing-masing.

Manakala beberapa hari lalu, seorang pelanggan telah datang mengamuk di kaunter penyedia perkhidmatan internet ini di Selayang Mall hingga mencetuskan kegemparan di sana.

Terbaru, sebuah outlet P1 Wimax di Damansara pula dikatakan hancur dilanggar seorang pelanggan dengan kereta.

Adakah ini hanya sebuah kemalangan biasa atau sebaliknya?
Isk, kalau dah sampai sanggup jahanamkan kereta sendiri untuk tunjukkan perasaan ini bermakna pengguna tersebut memang dah terlalu makan hati dengan syarikat ini.

Dari satu segi, memanglah tindakan mewujudkan page mengutuk P1 Wimax di Facebook, mengamuk di kaunter dan memecahkan kedai adalah perbuatan yang salah.

Tapi dari sudut lain, ini merupakan petanda bahawa pengguna sudah terlalu meluat jadi pihak berkuasa seperti SKMM patut segera tampil membantu pengguna yang berasa diri mereka teraniaya. – panggungopera.blogspot.com
Posted by Unknown
Tag :

Atlet Remaja Kebangsaan Maut Kemalangan

 Seorang atlet remaja kebangsaan maut setelah motosikal yang ditunggang beliau terbabit kemalangan di Jalan Ayer Leleh, di sini tengah malam tadi.

Atlet Remaja Kebangsaan Maut Kemalangan

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah malam itu,mangsa, Muhamad Afiq Rasik, 20 dari Kampung Ayer Leleh terbunuh selepas Demak 200cc ditunggangnya terbabas dan menyebabkannya jatuh ke dalam longkang.

Kemalangan mengakibatkan mangsa yang juga juara Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan, Oktober tahun lalu meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan mangsa juga bakal mewakili Melaka dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) di Perlis tahun depan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman mengesahkan kejadian.
Tuesday, December 17, 2013
Posted by Unknown

Sejuta ‘like’ Di FaceBook Sebagai Mas Kahwin?

Sejuta ‘like’ Di FB Sebagai Mas Kahwin
 Sana’a : Seorang pemuda Yaman yang melamar kekasihnya terkejut apabila bakal bapa mentua menyuruhnya mendapatkan sejuta ‘like’ di Facebook (FB) sebagai mas kahwin.

Salim Ayyash meminta lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Osama menulis perkataan ‘like’ sejuta kali selama sebulan dalam setiap tweet selain kepada semua rakannya di Facebook.

Bagaimanapun, Osama diberitahu jumlah ‘like’ itu mungkin diberi ‘diskaun’ sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Salim yang merupakan personaliti Facebook terkenal di wilayah Taizz turut memberi amaran akan memantau akaun laman sosial Osama itu.

“Salim akan memantau aktiviti ‘online’ Osama bagi memastikan dia melaksanakannya.

“Namun Salim berjanji akan membuat penilaian pada hujung bulan dan mungkin mengurangkan jumlah mas kahwin jika berpuas hati dengan kesungguhan Osama,” lapor akhbar Arab Saudi, Sada. – Agensi
Monday, December 16, 2013
Posted by Unknown
Tag :

'Awie' Maut Dirempuh Kereta 4x4

Alamak apa dah jadi dengan Awie ni. Kemalangan sehinggakan mengundang maut ke atas dirinya. Adeh sedih juga kan. Apa-apa pun Inalillahi dan salam takziah kepada keluarga arwah.

Tapi Awie ni bukan Awie penyanyi tu lah, ni kembar dia. Sebijik je muka dorang ni.

kreadit kpd: Izyan.Com 
Posted by Unknown
Tag :

Gempar ‘Pontianak Kota Kemuning’!

Gempar ‘Pontianak Kota Kemuning’!
Shah Alam : Penyebaran imej seorang wanita berambut panjang di sekitar Kota Kemuning, di sini, sejak beberapa hari lalu, menimbulkan misteri dalam kalangan penduduk setempat.
Imej dalam foto itu kini dikatakan tersebar luas pengguna telefon pintar dan dipercayai dirakam di sebuah kawasan pembinaan sekitar bandar raya ini sebelum diperoleh seorang penduduk.
Beberapa penduduk yang melihat gambar itu memberi pelbagai reaksi kerana sehingga kini tidak diketahui siapa merakam imej berkenaan.
Penduduk Shamsudin Daim, 40, berkata, imej dalam foto itu dipercayai dirakam pada waktu siang ketika beberapa pekerja menyiapkan kerja menambak tanah di sebuah tapak pembinaan.
Bagaimanapun, katanya, ketulenan foto itu tidak dapat disahkan kecuali selepas ia dinilai pakar dalam bidang teknologi fotografi atau grafik jika gambar berkenaan menggunakan teknik pertindihan.
“Memang foto imej wanita berambut panjang itu tersebar meluas di sekitar Kota Kemuning. Cuma kita tidak tahu siapa merakamnya. Mungkin ia tulen atau mungkin juga tidak. Hanya pakar dapat menentukannya.
“Namun berdasarkan imej diperoleh, memang tertera imej seorang wanita berambut panjang,” katanya yang tidak mengetahui identiti perakam gambar itu.
Sementara itu, Bilal Surau Al-Hidayah Jalan Kebun Jamal Sanusi, 50, yang turut melihat imej berkenaan berkata, tiada yang mustahil dalam kehidupan manusia, terutama membabitkan sesuatu yang ghaib atau di luar pengetahuan.
“Cuma kita tidak boleh terlalu taksub selagi kita tidak tahu kesahihan gambar berkenaan atau sebaliknya.
“Perkara begini kadangkala boleh menjejaskan akidah kalau kita tidak berhati-hati jika orang ramai mempercayainya bulat-bulat,” katanya. – myMetro Online
Posted by Unknown
Tag :

Kemarahan Pelanggan P1 Wimax Meluap-Luap, Kaunter Di Selayang Mall Jadi Mangsa Amukan!

Kemarahan Pelanggan P1 Wimax Meluap Luap, Kaunter Di Selayang Mall Jadi Mangsa Amukan!
SUDAH menjadi pengetahuan umum heboh di laman sosial apabila banyak luahan tidak berpuas hati pengguna P1 Wimax yang mengatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap perkhidmatan internet P1 Wimax yang dikatakan sering menipu pelanggan.
Ramai pengguna yang dikatakan tertipu dengan “janji manis” yang disebut oleh jurujual mereka.
Salah satu kemuncak rasa tidak puas hati ini apabila salah seorang pelanggan telah mengamuk di kaunter P1 Wimax di Selayang Mall baru-baru ini.
Pihak SKMM perlu masuk campur dan ambil tindakan sewajarnya jika apa yang diluahkan ini benar.
Kemarahan Pelanggan P1 Wimax Meluap Luap, Kaunter Di Selayang Mall Jadi Mangsa Amukan!
Untuk rakyat yang rasa tidak puas hati cara begini bukanlah diizinkan oleh undang-undang. – MyNewsHub
Kemarahan Pelanggan P1 Wimax Meluap Luap, Kaunter Di Selayang Mall Jadi Mangsa Amukan!


Kemarahan Pelanggan P1 Wimax Meluap Luap, Kaunter Di Selayang Mall Jadi Mangsa Amukan!
Posted by Unknown
Tag :

SUBHANALLAH - Bunga Mekar Kini Memenuhi Pusara Ammar

Adakah anda masih ingat lagi kisah seorang pemuda melayu yang dikenali sebagai Ahmad Ammar. Pemergiannya cukup dirasai kerana jasa almarhum dalam memperjuangkan Islam. Ahmad Ammar antara insan yang sering menyertai misi-misi kemanusian di luar negara.

Untuk kali ini, ibu bapa Ahmad Ammar telah pergi menziarahi pusara anaknya di Turki. Subhanallah! Jelas kelihatan, bunga-bunga di atas pusaranya kembang dan segar mekar.

SUBHANALLAH- Bunga Mekar Kini Memenuhi Pusara Ammar

Kali ini, melalui akaun seorang pengguna Twitter Muhd AR, beliau berkongsi gambar ibu bapa pemuda Ahmad Ammar Ahmad Azam sewaktu mereka menziarahi pusara anaknya itu yang telah meninggal dunia 36 hari yang lepas.

Ahmad Ammar meninggal dunia dilanggar ambulan pada 2 November selepas terjatuh ketika melintas jalan.

Allahyarham juga menjadi orang Malaysia pertama dikebumikan di Tanah Perkuburan Eyub Sultan yang menghadap Laut Golden Horn.

Tanah perkuburan itu juga menjadi saksi tempat bersemadinya lebih 60 jasad para sahabat Nabi Muhammad S.A.W, para auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.

Jasad sahabat Rasulullah Saidina Abu Ayub Al-Ansari turut disemadikan di situ.

Dalam gambar di Twitter itu, kelihatan ayah Ammar, Ahmad Azam Abdul Rahman yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama ibu Ammar Nur Azlina Abdul Aziz berdiri di sebelah pusara anaknya itu yang dihiasi bungaan mekar.

Sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh Ahmad Ammar dan semoga beliau ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang soleh dan dijanjikan syurga olehNya kelak.

#Kongsikan artikel ini andainya anda fikir ianya sangat bermanafaat.
Friday, December 13, 2013
Posted by Unknown

Gambar Perdana Baru Untuk Kerajaan Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah merasmikan kereta Proton Perdana baharu untuk kerajaan Malaysia di lobi Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada tanggal 11/12/2013.

Gambar Perdana Baru Untuk Kerajaan Malaysia

Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif PROTON, Tan Sri Mohd Khamil Jamil.

Kereta itu yang didatangkan dalam dua warna iaitu hitam metalik dan "purple grey" dengan engin 2.0L dan 2.4L. 


Perdana baru yang berasaskan Honda Accord telah diberi nafas baru dengan rekaan pada bahagian bumper depan dan belakang juga radiator grille.

Gambar Perdana Baru Untuk Kerajaan Malaysia

Najib juga menerima kenderaan Perdana baru sebagai kenderaan rasmi dengan edisi "Limosine" bernombor W 11 N.


Dijangka Proton akan menyerahkan kenderaan ini sehingga 200 unit setiap bulan kepada kerajaan.


Bagaimanapun buat masa ini, kereta tersebut tidak dijual kepada orang awam.
Thursday, December 12, 2013
Posted by Unknown
Tag :

Bieber Ganti Walker Dalam Fast & Furious 7?

Bieber Ganti Walker Dalam Fast & Furious 7?
Apabila pelakon, Paul Walker maut dalam kemalangan jalanraya 30 November lepas, timbul tanda tanya apa akan jadi pada filem lakonannya, Fast and Furious 7 yang masih dalam pembikinan.
Kini, timbul gosip di media sosial menyatakan tempat Walker akan diambil alih oleh penyanyi pop remaja paling popular, Justin Bieber.
Bagaimanapun kurang jelas sama ada gosip ini ada asasnya. Kemungkinan juga, Bieber akan muncul dalam filem ini tapi bukan sebagai pengganti watak Walker.

Sesetengah orang mungkin berasakan ini satu lawak tapi bagi salah seorang pelakon Fast and Furious yang juga penyanyi, Ludacris, dalam temu bual dengan Hollywoodlife mengalu-alukan jika Bieber turut terlibat dengan filem tersebut. – www.autoevolution.com
Posted by Unknown

Jantan Tak Cukup 3 Isteri, Masih Lagi Merogol


Hulu Klang : Dia sudah mempunyai tiga isteri dan 10 anak, namun masih belum puas melayani kehendak nafsu apabila tergamak merogol remaja baru berusia 13 tahun.
Taktik lelaki berusia 55 tahun itu ialah menjadikan mangsa anak angkatnya dan mengumpan dengan wang apabila memberi belanja RM300 sebulan selain selalu menambah nilai kad prabayar telefon bimbit gadis berkenaan.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Maz, 13, berkata, dia mengenali lelaki terbabit yang dipanggil ‘papa’ melalui beberapa rakan sekolahnya tahun lalu.
Menurutnya, rakan memberitahu lelaki itu baik hati dan suka mengambil pelajar sebagai anak angkat.
Bagaimanapun, katanya, pada pertengahan Oktober lalu, suspek membawanya ke sebuah hotel di kawasan Selayang, dekat sini, kira-kira jam 8 malam dan memaksanya mengadakan hubungan seks. – Metro
Wednesday, December 11, 2013
Posted by Unknown
Tag :

Denda Tinggi Jika Hilang MyKad



KUALA LUMPUR : Kerajaan telah mengemukakan cadangan kepada Peguam Negara untuk meningkatkan kadar hukuman terhadap individu yang didapati bersalah menghilangkan MyKad mereka.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, cadangan itu adalah untuk individu yang tidak mempunyai bukti atau penjelasan khusus mengenai kehilangan MyKad.
“Kita (telah mencadangkan supaya) meningkatkan caj kehilangan MyKad terhadap mereka yang tidak mempunyai bukti dan penjelasan khusus, melainkan kehilangan berlaku berpunca daripada insiden yang tidak boleh dielakkan seperti kebakaran,” kata beliau ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar di Dewan Negara di sini semalam. – Kosmo
Posted by Unknown
Tag :

Pusara Ammar Selepas 36 Hari Pemergiannya

Pusara Ammar Selepas 36 Hari Pemergiannya
HARI ini melalui akaun seorang pengguna Twitter, dia berkongsi gambar ibu bapa pemuda Ahmad Ammar Ahmad Azam menziarahi pusara anaknya itu yang meninggal dunia 36 hari yang lepas.
Ahmad Ammar meninggal dunia dilanggar ambulans pada 2 November lepas ketika melintas jalan.
Allahyarham juga menjadi orang Malaysia pertama dikebumikan di Tanah Perkuburan Eyub Sultan yang menghadap Laut Golden Horn.
Tanah perkuburan itu juga menjadi saksi tempat bersemadinya lebih 60 jasad para sahabat Nabi Muhammad S.A.W, para auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.
Jasad sahabat Rasulullah Saidina Abu Ayub Al-Ansari turut disemadikan di situ.
Dalam gambar di Twitter itu, kelihatan ayah Ammar Ahmad Azam Abdul Rahman yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama ibu Ammar Nur Azlina Abdul Aziz berdiri di sebelah pusara anaknya itu yang dihiasi bungaan mekar.
Penulis hari ini turut berkongsi sebuah video petikan dari program Mimbar Pencetus Ummah terbitan Astro apabila menjemput Ahmad Azam dan Nur Azlina berbicara bersama penonton mengenai anaknya seorang pemuda kesayangan umat Islam Ahmad Ammar.
Sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh Ahmad Ammar dan semoga beliau ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang soleh dan dijanjikan syurga olehNya kelak. – MyNewsHub


Tuesday, December 10, 2013
Posted by Unknown

Gadis Ikut Nasihat Abang Ipar Dalam Islam

Gadis Ikut Nasihat Abang Ipar Dalam Islam
GOLONGAN muda pada zaman ini cenderung mendapatkan nasihat dan rujukan berkaitan Islam daripada individu yang dikenali mereka sahaja daripada bertanyakan kemusykilan mereka daripada mereka yang pakar serta berpengetahuan.
Di laman Facebook, seorang remaja memarahi rakan-rakannya yang menegur dia tidak bertudung dengan alasan abang iparnya sudah berkata tidak perlu.
Menurut status itu, si gadis ini sudah bertanyakan kepada abang iparnya tentang keperluan dia menutup aurat dengan memakai tudung menutup kepalanya.
Kata status gadis itu, “Abang ipar saya baru berkata, tak kisah kau tak nak pakai tudung pun, asalkan kau solat.. jadi jangan paksa aku fake lagi!! terima kasih,”
Jadi, keputusan yang diambil oleh gadis ini untuk mengikut kata abang iparnya dirasanya mencukupi tanpa perlu bertanyakan kepada orang yang lebih berpengalaman dan berpendidikan Islam. – MyNewsHub
Posted by Unknown
Tag :

Safee Sali Tamatkan Status Duda Dengan Wanita Indonesia 28 Disember Ini!

Safee Sali Tamatkan Status Duda Dengan Wanita Indonesia 28 Disember Ini!
 KL : Dalam pada masyarakat duk sibuk bersoseh tentang perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang bakal berlangsung pada 11 Disember ini, Murai Batu dengar cerita pemain bola sepak kebangsaan iaitu Safee Sali juga bakal menamatkan zaman dudanya pada bulan Disember juga.
Dengarnya, Safee bakal bernikah dengan wanita pilihan hatinya iaitu Sasha yang merupakan warga Indonesia.
Menurut sumber, mereka akan berkahwin pada 28 Disember ini di Bidor, Perak.
Berita perkahwinan ini telah disahkan apabila sumber Murai Batu telah menerima kiriman kad jemputan perkahwinan mereka.
Menurut sumber, Safee yang pernah berkahwin dengan Sabarina Yusof pada 2007 dan mempunyai dua orang anak bernama Nur Syaza Syaqina, 4 dan Nur Syasya Sofirna, 2, akan berkahwin dengan wanita yang dikatakan menjadi punca dia bercerai.
Pun begitu, Murai Batu tidak pasti kerana Safee masih berahsia tentang punca dia bercerai. Apa sekalipun, tatkala ini, Safee dikatakan tidak lagi bersorok mengenai bakal isterinya itu dan sudah sering mebawanya ke khalayak ramai.
Dengan pengumuman ini, maknanya penuh jadual Murai Batudengan jemputan perkahwinan. 11 Disember Rozita Che Wan dan Zain Saidin serta pasangan Jovian Mandagie. Kemudian 16 Disember perkahwinan Farawahida. Aril Pilus pula berkahwin pada 20 Disember dan akhir sekali Safee Sali pada 28 Disember 2013. – Murai
Posted by Unknown

Kes Bunuh Pegawai AmBank Disebut 24 Januari

Kes Bunuh Pegawai AmBank Disebut 24 Januari
 SHAH ALAM : Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 24 Januari ini sebagai tarikh pengurusan kes pembunuhan pegawai AmBank dan rompakan bersenjata di cawangan bank itu di Subang Jaya, selepas kes itu dipindahkan untuk dibicarakan di sini.
Pendaftar Mahkamah Tinggi, Hanis Dzatul Akhmar Zulkefli, menetapkan tarikh itu selepas kes berkenaan disebut dihadapannya pagi tadi.
Peguam S Selvi yang mewakili tertuduh, La Ode Ardi Rasila, ketika ditemui, berkata tarikh itu bagi membolehkan pembelaan menerima dokumen berkaitan kes itu.
Pada 19 November lalu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, membunuh Norazita Abu Talib, 37, di Bangunan AmBank, Nombor 5 & 7, Jalan USJ Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya, Selangor antara jam 6 dan 6.30 petang 23 Oktober 2013.
Dia juga didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, melakukan rompakan dan pada masa sama melepaskan tembakan daripada senjata api jenis “Pump Gun” dengan niat menyebabkan kematian Norazita di tempat, masa dan tarikh yang sama. – BHarian

Tertipu Dengan Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang

Ramai yang kecewa dengan filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang terbitan MIG dan hasil arahan Pierre Andre. Walaupun kononnya filem ini bakal menampilkan pendakwah Ustaz Azhar Idrus sebagi salah seorang pelakon undangan dan bertujuan berdakwah tetapi hakikatnya bukanlah begitu.

Filem ini lebih kepada komersial untuk mengaut untung dengan eksploitasi populariti UAI memandangkan pelakon utama kumpulan Shiro masih belum cukup kuat untuk menarik penonton ke panggung.

Dengan eksploitasi kononnya UAI berlakon dan poster besar terpampang wajah UAI peminat UAI akan hadir ke panggung membawa anak-anak dan keluarga tetapi ternyata tertipu. UAI hanya tampil dalam satu babak sahaja. 

Bak kata wartawan bernama Syed, lebih baik tonton Youtube sahaja jika ingin melihat ceramah hebat UAI daripada menonton filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang ini. Walaubagaimanapun filem ini berjaya mengutip RM 1 juta pada 5 hari pertama.


Tertipu ke?

Bagi admin pula, setelah menonton filem ini, admin merasakan banyak kelainan yang ingin dibawa dan sudah tentunya teruja dengan genre Islamik ini. Setiap skrip humor itu ada mesejnya. 

Akhirnya ada juga filem yang berani menampilkan pendakwah dan penceritaan tentang tabligh  dan aktiviti mereka. Berbanding cerita sampah hantu, cintan cintun, lawak bodoh, gangster dan merempit. Yang baiknya tiada wanita seksi meksi dalam filem tersebut.

Untuk UAI berlakon syarat-syaratnya memang ketat, sebab tu mungkin sukar sikit untuk scene atau babak yang banyak. 

Admin bagi 7/10. Ok la tu :) 


Jom tengok apa kata UAI syarat-syarat berlakon Ustaz Mu tunggu Aku Datang : 

Posted by Unknown

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -