Showing posts with label kemalangan. Show all posts

8 GAMBAR- Skyline Terbakar, 6 Sekawan Rentung

Enam sekawan maut dalam insiden kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta jenis Nissan Skyline yang berlaku di Bulatan Kampung Pandan berhampiran Kompleks Sukan Kampung Pandan di sini, awal pagi tadi.

8 GAMBAR- Skyline Terbakar, 6 Sekawan Rentung

Dalam kemalangan kira-kira jam 12.30 malam itu, kereta yang dinaiki oleh tiga lelaki dan tiga wanita itu dalam perjalanan menuju ke Kampung Pandan sebelum terbabas lalu merempuh tembok jejambat kemudian memasuki laluan bertentangan.


Pemandu dan penumpang kereta itu dipercayai gagal menyelamatkan diri selepas kenderaan tersebut terbakar.


Komanden operasi kanan, Hamid Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.42.


"Seramai 13 anggota dan pegawai dari Balai Bomba Dan Penyelamat Pudu dan Hang Tuah tiba ke lokasi kira-kira 10 minit kemudian," katanya


Beliau berkata, api marak dan kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu rentung.


"Kita berjaya mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit itu kira-kira 20 minit.

"Identiti kesemua mangsa masih belum dapat dikenalpasti berikutan keadaan semua mangsa rentung," katanya. Kesemua mayat di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.


#Terdapat percanggahan info mengenai jumlah kematian, HM melaporkan 4 maut, Sinar 6 maut manakala BH pula melaporkan 5 maut.
Wednesday, December 18, 2013
Posted by Unknown

Kemalangan Paling MISTERI & NGERI Di Lokasi Paling Berhantu !!

Pesanan kami, berhati-hatilah dijalan raya terutamanya ketika musim hujan ni ya! Utamakan keselamatan !

Brado Kapak – Hujan lebat turun tidak henti-henti sejak siang tadi. Hal ini telah mengakibatkan pelbagai kemalangan nyawa, banjir kilat dan pelbagai lagi malapetaka buruk menimpa ramai rakyat Malaysia. Musim hujan yang datang setiap akhir tahun ini adalah daripada musim Monsoon yang tiba. Monsoon Timur Daya dilaporkan sedang menaiki paras tertingginya minggu ini.
Antara lokasi yang akan mengalami situasi buruk adalah seluruh bahagian Pantai Timur Malaysia. Lokasi yang berhampiran pantai adalah kawasan merah pada musim Monsoon seperti ini. Tiupan angin monsoon yang kencang akan mengakibatkan ribut taufan, hujan lebat, banjir kilat dan macam-macam lagi peristiwa alam.
Antara yang paling misteri dilaporkan sepanjang musim angin Monsoon tahun ini adalah, satu kemalangan di Jerangau-Jabur. Lokasi ini memang lokasi paling misteri dalam seluruh jalan di tanah air kita. Lokasi jalan raya utama Jerangau – Jabur – Kemaman merupakan jalan paling sunyi, paling misteri, kelam dan tiada lintasan elektrik sepanjang jalan ini. Lebih misteri berbanding jalan Gua Musang – Kuala Krai.
Satu kemalangan ngeri telah dilaporkan hari ini sekitar jam 6 petang tadi waktu tempatan di kilometer 121 Jalan Jerangau – Jabur – Kemaman. Kemalangan mengakibatkan sebuah kenderaan pacuan 4 roda Mitsubishi Triton dengan sebuah lori minyak yang membawa muatan Minyak Masak Saji. Kemalangan dilaporkan oleh agensi berita tempatan kepada pihak kami. Mengapa kami katakan ini adalah antara kemalangan paling misteri?? Lihat sahaja kenderaan Triton yang remuk teruk sehingga hilang separuh daripada jasad kenderaan tersebut. Bagaikan kereta Half Cut berada di atas jalan raya ! Begitu sekali kengerian kemalangan ini. Mohon maaf admin tak dapat paparkan gambar mangsa kemalangan kerana ia lebih ngeri daripada yang disangkakan.
Jalan dari arah Jerangau menuju Kemaman ini merupakan antara jalan penghubung negeri yang paling teruk dalam Malaysia. Walaupun tidak hujan, jalan ini memang menyeramkan kerana jalannya yang sempit dan dipenuhi lobang disetiap jalan. Pada waktu malam pula, jalan ini sangat gelap gelita dan berhantu. Banyak kisah dan tragedi kemalangan disebabkan ternampak lembaga hitam, makcik berbaju putih melambai-lambai dan macam-macam lagi. Harap je negeri pengeluar minyak, tapi kualiti jalan macam hampeh. Mana Mat Said ni?? Tak buat kerja ke?? Repair la jalan tu Mat Id oii…. kesian awok-awok Ganu Hanelang mu ni….
Diberitakan kepada kami, pemandu lori tersebut patah tangan dan pemandu Mitsubishi Triton tersebut meninggal dunia. Ayuh sama-sama kita hadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada pemandu Triton tersebut… Al-Fatihah….
p/s: Penulis pun pernah kemalangan di kawasan jalan menghala Kemaman ni… penulis kemalangan bawa kereta Perodua Kancil 850 langgar tiang lampu disebabkan terbabas dari line kiri ke line kanan… kancil hampir terbelah dua… syukur penulis dan semua penumpang selamat masa tu. Alhamdulillah
LAGI GAMBAR !!
wow 4
wow
-
wow2
wow 3
Sumber berita dipetik daripada awok-awok Ganu Hanelang…
Artikel ditulis oleh BRADO KAPAK.

Monday, December 2, 2013
Posted by Unknown

Wanita Maut di Campak Kekasih Dari Tingkat 9

Seorang wanita Indonesia yang berusia lingkungan 30-an maut selepas dipercayai dicampak oleh teman lelakinya dari tingkat sembilan sebuah apartmen di Setapak, semalam.

Wanita Maut di Campak Kekasih Dari Tingkat 9

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, mangsa maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala.

Menurut sumber, pihak berkuasa kini menyiasat kemungkinan mangsa dibunuh kerana siasatan awal mendapati sebelum kejadian, mangsa dilaporkan bergaduh dengan teman lelakinya berusia 30-an.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa dilapor akan pulang ke negaranya hari ini.

“Bagaimanapun, mangsa bergaduh dengan teman lelakinya sebelum ditemui mati di tingkat bawah kawasan perumahan itu,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa juga mengemas pakaian miliknya kerana akan mengosongkan rumah berkenaan.

“Mangsa berada di Malaysia sejak setahun lalu dan bekerja di sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Sehingga kini pihak berkuasa belum mengklasifikasikan kes itu sementara menunggu laporan bedah siasat.

Katanya, pihak berkuasa memanggil teman lelaki suspek untuk diambil keterangan dan akan menahannya selepas laporan bedah siasat diperoleh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Monday, November 18, 2013
Posted by Unknown

Maut selepas Di hempap kaca seberat 2 Tan



MUAR - Seorang warga Myanmar maut selepas dihempap kira-kira 100 keping kaca yang setiap satu seberat 20 kilogram dalam kejadian di belakang sebuah kedai di Jalan Sakeh, di sini hari ini.

Dalam kejadian 2.15 petang itu, Thang Ngaih Lian, 22, maut di tempat kejadian susulan kecederaan parah di leher dan kepala akibat terkena kepingan kaca yang berkecai.

Menurut rakan mangsa yang enggan dikenali, sebelum kejadian mangsa bersama tiga lagi rakan sekerja ditugas memunggah 500 keping kaca dari sebuah lori ke dalam kedai berkenaan.

"Sebelum kejadian itu mereka berempat sudah menurunkan 350 keping dan mangsa mahu berehat seketika di atas lori dan yang lain duduk di depan lori," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Katanya dia yang berada tidak jauh dari tempat kejadian mendengar dentuman yang kuat diikuti bunyi berkecai menyebabkannya bergegas ke bahagian belakang kedai.

"Saya cuma nampak timbunan kaca yang berkecai di dalam longkang dan tubuh mangsa langsung tidak kelihatan," katanya.

Katanya dia percaya baki kepingan kaca itu menggelongsor dan menghempap mangsa sebelum terjatuh ke dalam longkang bersama-sama mangsa. 

"Kami yang tidak dapat mengeluarkan mangsa segera menghubungi pihak bomba yang datang dengan enam anggota dan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkanya daripada timbunan kaca," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian. - Bernama
Thursday, November 7, 2013
Posted by Unknown

Komuter Tergelincir, 120 Penumpang Terselamat !



KUALA LUMPUR : Tiga gerabak tren komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tergelincir dari landasan di kilometer 354.88 berhampiran Stesen Rawang hari ini.Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata dalam kejadian pukul 10 pagi, tren yang membawa 120 penumpang itu sedang dalam perjalanan dari Tanjung Malim, Perak ke Rawang.Menurut kenyataan KTMB tiada kecederaan dilaporkan dan penumpang yang terjejas dipindahkan ke stesen Rawang menggunakan Tren Enam Gerabak.“Ekoran insiden ini, beberapa perkhidmatan komuter dan ETS KTMB di Sektor Tengah terganggu, termasuk perkhidmatan komuter bagi laluan Rawang-Tanjung Malim dan tren ETS Silver dari KL Sentral ke Ipoh pada pukul 11 pagi,” jelas kenyataan itu.Perkhidmatan bas ulang-alik secara percuma dari Rawang ke Serendah dan dari Serendah ke Rawang disediakan untuk membawa penumpang yang masih ingin ke destinasi mereka.Untuk Tren ETS Silver dari KL Sentral ke Ipoh, perkhidmatan ditamatkan di Stesen Rawang dan para penumpang akan menaiki bas ke Stesen Serendah sebelum meneruskan perjalanan ke Ipoh menggunakan ETS.Kenyataan itu turut menyebut sekiranya ada perkhidmatan tren dibatalkan, penumpang boleh meminta pemulangan tambang penuh atau menukar semula tarikh perjalanan mereka.Pada ketika ini, kerja-kerja membaik pulih landasan dan mengenal pasti punca kegelinciran masih dilakukan.  — BERNAMA

Saturday, November 2, 2013
Posted by Unknown

Tiga Jemaah Haji Baru Tiba Di Tanah Air Maut Dalam Kemalangan Ngeri

Tiga Jemaah Haji Baru Tiba Di Tanah Air Maut Dalam Kemalangan Ngeri
KUANTAN : Tiga jemaah haji maut manakala tiga parah termasuk pemandu, selepas van yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di Km210.2 Lebuh raya Pantai Timur menghala ke Kuantan dekat sini, awal pagi tadi.
Mangsa yang terbunuh ialah penumpang hadapan, Kamarudin Ab Rahman, 43, dari Permatang Badak dan dua penumpang belakang, Zainab Awang Hassan, 59, dari Kampung Seri Teruntum dan Fatimah Said, 63, dari Kampung Rozali dekat Jalan Gambang di sini.
Pemangku Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata dua lagi penumpang dan pemandu van itu mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.
“Nahas jam 3.40 itu berlaku semasa van yang membawa lima jemaah haji terbabit dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) menuju ke Kuantan.
“Dipercayai di tempat kejadian, van itu telah merempuh bahagian belakang lori muatan bijih besi terbabit yang berada di lorong kiri jalan.
“Ekoran itu, ketiga-tiga mangsa mati di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan,” kata Zainalabidin kepada pemberita.
Beliau berkata mangsa yang terbunuh dihantar ke hospital yang sama untuk bedah siasat dan keluarga semua mangsa kemalangan telah dimaklumkan. – BERNAMA
Friday, November 1, 2013
Posted by Unknown

Ke Hospital Sendiri Dengan Pisau Di Kepala

Ke Hospital Sendiri Dengan Pisau Di Kepala
 JILIN : Pisau tertusuk di kepala. Pasti sesiapa pun yang melihat keadaan Ho Lung akan terkejut dan menjerit, namun tidak bagi lelaki ini.
Dia dengan tenang masuk ke unit kecemasan sebuah hospital.
Ke Hospital Sendiri Dengan Pisau Di Kepala
Jururawat yang bertugas juga terkejut menyaksikan keadaan Ho Lung dan tanpa perlu mengisi sebarang boring, Ho Lung terus dibawa ke doktor untuk rawatan segera.
Pisau pemotong buah yang tertusuk di bahagian tengkorak kepalanya.
Nasib baik ia tidak mencederakan mana-mana salur darah di kepalanya.
Selepas imbasan x-ray dijalankan, dia telah menjalani pembedahan selama tiga jam.
Selepas sedar, Ho Lung meminta supaya dia dibenarkan keluar dari hospital, biarpun kepalanya masih berbalut.
Doktor akhirnya membenarkan Ho Lung keluar dari hospital dan dia juga berjanji untuk kembali semula untuk pemeriksaan rutin.
Ditanya bagaimana pisau itu boleh tertusuk di kepalanya, Ho Lung enggan memberikan penjelasan lanjut, sebaliknya memaklumkan ia berlaku akibat satu permainan.
“Saya bermain satu permainan bodoh dengan kawan saya dan sesuatu telah berlaku menyebabkan kepala saya terkena pisau ini. Ia merupakan perbuatan bodoh dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja,’’ katanya
Thursday, October 31, 2013
Posted by Unknown

Parah Angkara Botol Kicap ‘Terbang’

Parah Angkara Botol Kicap ‘Terbang’
GEORGETOWN : Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) parah di kepala selepas terkena botol kicap dipercayai dibuang individu tidak bertanggungjawab di Flat Padang Tembak, Air Itam, di sini, malam kelmarin.
Kejadian berlaku jam 4.30 petang apabila penjual surat khabar Kwok Aik Siew, 59, melalui jalan antara blok A dan B sebelum botol kicap itu mengenai kepalanya, menyebabkannya rebah.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Ismail Idris berkata, mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) oleh orang awam dan menjalani pemeriksaan X-ray untuk melihat kesan kecederaan.
Katanya, mangsa setakat ini tidak sedarkan diri kerana dibius dan siasatan awal mendapati insiden itu kemalangan yang tidak disengajakan menyebabkan botol kicap itu dibaling ke arah mangsa.
“Sehingga kini tiada saksi tampil untuk menyatakan objek itu dibuang atau jatuh dari aras mana dan difahamkan, kejadian objek jatuh kerap berlaku di situ.
“Ketua Balai Polis Air Itam diarah mengatur pertemuan dengan Ahli Jawatankuasa Penduduk untuk mengenal pasti punca, sekali gus mengambil tindakan agar tidak berulang,” katanya. – HMetro
Sunday, October 27, 2013
Posted by Unknown

Chacha Maembong Patah Tangan Kanan Di Lokasi Penggambaran

Chacha Maembong Patah Tangan Kanan SYOKBAH Chacha Maembong Patah Tangan Kanan Di Lokasi Penggambaran
Adik kepada Emma Maembong iaitu Chacha Maembong dilaporkan patah di bahagian pergelangan tangan kanannya akibat terjatuh di lokasi penggambaran drama slot akasia, malam tadi.
Media Hiburan online yang menghubungi pengurusnya iaitu Faliq, mengesahkan hal tersebut.
“Ya, Chacha Maembong terjatuh selepas keluar dari tandas. Mula-mula dia diamkan saja tetapi selepas kesakitannya mulai terasa, dia memberitahu pihak produksi. Kemudian dia dibawa ke klinik.
“Melihatkan sesuatu yang dirasakan serius, doktor merujuknya ke hospital. Selepas menjalani imbasan x-ray, doktor mengesahkan pergelangan tangannya retak. Tangan Chacha Maembong perlu disimen untuk tempoh tiga minggu,” ujar Fali
Saturday, October 26, 2013
Posted by Unknown

SKMM Bagi Amaran Padam Gambar Dan Video Norazita

SKMM Bagi Amaran Padam Gambar Dan Video Norazita
Orang ramai yang terlanjur mengepos gambar atau rakaman CCTV detik pembunuhan kejam kakitangan Ambank, Norazita Abu Talib di medium sosial seperti Facebook dan Whatsapp dinasihatkan agar memadam pos berkenaan dengan segera.
Hal ini kerana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memberi amaran dalam satu status di Facebook mereka bahawa penyebaran gambar dan video sedemikian adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jika didapati bersalah, anda boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 dan satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Menurut SKMM, penyebaran gambar dan video berkenaan boleh mengakibatkan gangguan emosi kepada orang ramai terutamanya kanak-kanak, selain menjadi satu tanggung jawab sosial untuk semua orang menghormati mangsa dan keluarganya.
Dalam pada itu, suami arwah, Irwan Kamarudin, 37, turut memohon perkara sama ketika dihubungi media Bernama, usai pengebumian isterinya di Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak.
Irwan dipetik berkata, penyebaran gambar dan rakaman berkenaan akan lebih menyedihkan keluarga kerana gambar itu memperlihatkan keadaan tidak elok mangsa. – Facebook SKMM / Bernama
SKMM Bagi Amaran Padam Gambar Dan Video Norazita
Friday, October 25, 2013
Posted by Unknown

[Video] Pegawai Bank Ditembak Pak Guard !



Setelah Malaysia dikejutkan dengan rompakan paling ganas oleh seorang pengawal keselamatan sebuah bank, kini video aksi tembakan tersebut mula tersebar.

Video CCTV berdurasi  32 saat itu menyaksikan pegawai bank tersebut bersama seorang rakannya berada di tempat peti besi wang. Tembakan dilepaskan dari jarak 10 meter mengenai bahagian kepala pegawai tersebut.

Kami di sini mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.


 
Posted by Unknown

Bas Bawa Rombongan Pengantin Terbabas

bas rombongan pengantin Gambar Bas Bawa Rombongan Pengantin Terbabas
Gambar Bas Bawa Rombongan Pengantin Terbabas |  Rombongan 27 orang termasuk pengantin lelaki yang dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan di Kota Baharu, Kelantan, berdepan detik menakutkan apabila bas sewa khas yang dinaiki terbabas dan terbalik di Km 104, Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu awal hari ini.
Dalam kejadian 6.30 pagi itu, semua anggota rombongan dari Johor Baharu, Johor terbabit hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Besut.
Jurucakap polis Besut yang dihubungi Bernama mengesahkan kejadian dan berkata siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila bas itu cuba mengelak sebuah kereta yang hilang kawalan dan memasuki laluannya.
bas rombongan pengantin2 Gambar Bas Bawa Rombongan Pengantin Terbabas
“Akibat itu bas terbabit terbabas ke bahu kiri jalan dan terbalik,” katanya.
Sementara itu saksi kejadian, Badli Wahab, 33, berkata kejadian berlaku kira-kira 15 meter dari rumahnya di Kampung Gerai.
“Saya terdengar bunyi dentuman yang kuat dan apabila menjengah keluar saya nampak sebuah bas terbalik dengan sebahagian badannya berada di dalam longkang yang dipenuhi air hujan,” katanya kepada pemberita.
Menurutnya, dia kemudian bergegas menyelamatkan mangsa. – BERNAMA

AisKosong :)
Thursday, October 24, 2013
Posted by Unknown

Banjir Kilat Di Cameroon Highlands : 3 Maut, Seorang Hilang

banjir cameron highlands Banjir Kilat: 3 Maut, Seorang Hilang
Banjir Kilat: 3 Maut, Seorang Hilang | CAMERON HIGHLANDS – Tiga terbunuh – dua daripadanya lemas manakala seorang lagi akibat serangan jantung – dalam kejadian banjir kilat selepas air Sungai Bertam melimpah ekoran pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet di sini awal hari ini.
Kejadian pada pukul 1 pagi itu turut menyebabkan seorang wanita Indonesia hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dan seorang lelaki cedera.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu berkata arus deras dan banjir kilat itu memusnahkan kira-kira 80 rumah dan beberapa kenderaan di kawasan penempatan Lembah Bertam itu.
Dua yang mati lemas ialah lelaki Bangladesh dikenali sebagai Jahangir, 30-an, dan wanita Indonesia yang hanya dikenali sebagai Kesmat, 46. Satu mayat ditemui di dalam sebuah rumah dan satu lagi di bawah runtuhan rumah yang lain.
Lelaki yang mati akibat serangan jantung ialah Tan Tuck Choi, 51. Dia mati dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Kalsom di sini, awal pagi ini.
Mohd Zahari berkata mangsa yang masih hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dikenali sebagai Jarwati, 17, manakala lelaki yang cedera Ho Kim Way, 38, kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.
“Ho cedera ketika cuba menyelamatkan diri dalam kejadian itu,” katanya.
Kawasan yang terlibat dalam kejadian itu menempatkan rumah penduduk dan rumah setinggan berhampiran kebun sayur. Berikutan kejadian itu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Lembah Bertam ditutup hari ini.
Terdahulu Mohd Zahari berkata air empangan di Ringlet itu terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam.
Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan mengakibatkan banjir kilat.
Beliau berkata berikutan kejadian itu, sebanyak 54 orang dari 12 keluarga dipindahkan ke dewan orang ramai Ringlet.
Sementara itu Timbalan Penguasa Balai Bomba Zon 3 Pahang Yusmaizi Zulkifli berkata paras air normal di empangan itu ialah 3.498 meter dan pelepasan air dilakukan ketika paras air mencecah 3.508 meter.
Tinjauan Bernama hari ini mendapati cuaca panas sehingga tengah hari bagaimana hujan renyai mula turun pada sebelah petang.
Anggota Parlimen Cameron Highlands Datuk Seri G.Palanivel turut melawat kawasan kejadian dan memaklumkan bantuan akan disalurkan dalam masa terdekat.
Posted by Unknown

Nyaris Dihempap Batu Lima Tan

Nyaris Dihempap Batu Lima Tan
Nyaris Dihempap Batu Lima Tan - BALIK PULAU : Seorang penunggang motosikal nyaris dihempap batu seberat lima tan yang menggelongsor jatuh dari bukit akibat tanah mendap semasa melalui Jalan Tun Sardon ke Paya Terubong, Balik Pulau di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 1 petang itu, simen konkrit penghadang yang dibina di lereng bukit berkenaan pecah akibat pergerakan tanah menyebabkan sebatang pokok tumbang ke jalan raya bersama bongkah batu tersebut.
Keadaan itu menyebabkan satu laluan terpaksa ditutup selama empat jam bagi mengalihkan bongkah batu itu oleh pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Saksi kejadian, Azhan Sulaiman, 45 berkata, ketika kejadian dia yang dalam perjalanan dari Balik Pulau ke pusat bandar terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat bongkah batu besar jatuh dari atas bukit.
Katanya, dia yang memberhentikan motosikal hanya mampu menjerit dan melambai-lambaikan tangan kepada seorang wanita yang menunggang motosikal dari arah bertentangan daripada dihempap batu berkenaan. – Kosmo
Wednesday, October 23, 2013
Posted by Unknown

Curah Asid Ke Mulut Kerana Enggan Kahwin

Curah Asid Ke Mulut Kerana Enggan Kahwin
Curah Asid Ke Mulut Kerana Enggan Kahwin - Mumbai : Seorang gadis remaja berusia 18 tahun kini berada dalam keadaan kritikal selepas bekas teman lelakinya memaksa gadis itu minum asid sebelum dia ditolak ke dalam laut, hanya kerana gadis itu enggan mengahwini lelaki berkenaan.
Gadis itu kini dirawat di Hospital Thunga sementara bekas teman lelakinya itu, Jitendra Sakhpal, 21, telah ditahan oleh polis.
Kejadian berlaku pada Sabtu lalu ketika Sakhpal berpura-pura mengajak gadis itu keluar dengan menaiki bot ke laut.
Selepas gagal memujuk bekas kekasihnya untuk berkahwin, dia telah bertindak kejam ke atas gadis itu.
Menurut polis, dia telah memegang mulut gadis itu dan menuang asid ke dalam mulutnya, menyebabkan asid itu turut tumpah ke bahagian muka gadis berkenaan.
Doktor kini
sedang menilai berapa banyak organ dalaman gadis tersebut yang terjejas akibat asid berkenaan.
Gadis itu menolak lamaran Sakhpal kerana dia tidak bekerja.
Malah sebelum ini bapa gadis tersebut yang bekerja dengan kerajaan tempatan telah membuat aduan polis, mendakwa Sakhpal sering menganggu anaknya.
Sakhpal juga didakwa memukul gadis itu di hadapan khalayak ramai dan pernah mengugut untuk membunuh gadis itu dan bapanya.
Susulan itu, polis telah memanggil gadis berkenaan dan Sakhpal ke balai polis dan kedua-duanya telah membuat perjanjian bertulis bahawa mereka tidak akan bertemu lagi.
Malangnya, perjanjian tersebut gagal menyekat Sakhpal daripada bertindak kejam ke atas gadis tersebut. 

Sumber : Maklumat.my
Posted by Unknown

Dua Mayat Lelaki Ditemui Dalam Kereta

Dua Mayat Lelaki Ditemui Dalam Kereta

Dua Mayat Lelaki Ditemui Dalam Kereta.

JOHOR BAHRU – Dua lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh di dalam sebuah kereta berhampiran susur keluar Plaza Tol Senai Utara, dekat Kulaijaya, hari ini.
Mayat S.Visvanathan, 48, yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dan M.Kalaiselvan Mudaliar, 38, dari Kuala Lumpur, ditemui dalam kereta Perodua Myvi berwarna merah pada pukul 9 pagi.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supritendan Zulkefly Yahya berkata terdapat kesan-kesan lebam pada badan kedua-dua mereka, dipercayai akibat dipukul.
“Mayat Visvanathan ditemui di kerusi penumpang depan manakala mayat Kalaiselvan Mudaliar ditemui pada kerusi belakang,” katanya ketika dihubungi.
Zulkefly berkata polis percaya mereka diserang di kawasan lain sebelum mayat bersama kenderaan yang didaftar atas nama seorang individu beralamat di Seremban itu ditinggalkan kira-kira 300 meter dari plaza tol berkenaan.
Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat, katanya.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi polis di talian 07-2212999 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – Bernama
Friday, October 18, 2013
Posted by Unknown

Warga Emas Maut Ditikam Anak Kandung

Warga Emas Maut Ditikam Anak Kandung
KUALA LUMPUR – Seorang warga emas maut dipercayai ditikam oleh anak kandungnya yang merupakan seorang penagih dadah, dalam kejadian di Flat Sri Melaka, Cheras, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, suspek lelaki berusia 39 tahun itu dikatakan menikam badan mangsa sebanyak tiga kali di dapur rumah mereka sebelum ditahan jiran yang terdengar jeritan warga emas itu.
Mohan Singh berkata mangsa yang berusia 74 tahun itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira 8.30 pagi.
“Pihak polis belum mengenal pasti motif kejadian namun kami percaya ia berlaku ketika suspek berada di bawah pengaruh dadah,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Beliau berkata polis merampas sebilah pisau dan parang yang disyaki digunakan dalam kejadian itu dan suspek kini ditahan untuk disoal siasat.
Mohan Singh meminta sesiapa yang mempunyai maklumat supaya tampil ke balai polis untuk membantu siasatan.
Posted by Unknown

Nahas Berlumba Haram

Cara Ajar Pelumba Haram
Shanghai : Mayat seorang pelumba haram yang mati dalam nahas ditinggalkan di tengah jalan sebagai amaran kepada pemandu lain.
Tao Lung, 28, yang memandu Jaguar F-Type berharga £79,000 (RM400,026) mati selepas terbabit dalam kemalangan ketika cuba memintas sebuah kereta lain.
Kedua-dua kereta dipandu dengan kelajuan melebihi 240 kilometer sejam di jalan raya di kawasan perumahan apabila sebuah kereta keluar dari sebuah rumah, mengakibatkan seorang daripada mereka merempuh kenderaan itu selepas gagal membrek.
Lung yang memandu di kota Kunming, wilayah Yunnan, China terbabas lalu melanggar pokok sehingga terpelanting dari keretanya.
Dia kemudian dilanggar sebuah kereta lain menyebabkan dia mati serta-merta.
Penduduk berkata, mereka bosan melihat pelumba jalanan dan memberi amaran kepada polis bahawa kemalangan hanya menanti masa untuk berlaku di kawasan itu.
Seorang penduduk berkata: “Mereka yang memandu laju di sini adalah golongan kaya dan polis tidak bertindak untuk mengekang kegiatan mereka.
Apabila polis tiba, mereka tidak menutup mayat mangsa, sebaliknya hanya membiarkannya terdedah untuk dilihat oleh orang ramai.
“Mereka mungkin mahu menyampaikan mesej bahawa berlumba secara haram di jalan raya menyebabkan padah seperti itu. Kerana itu mereka membiarkan saja mayat itu bergelimpangan,” kata seorang penduduk.
Polis gagal mengambil tindakan kerana mereka di kalangan orang kaya.
Mayat mangsa ditinggalkan terbiar di tengah jalan kira-kira sejam dan dapat dilihat oleh orang ramai.
Mayat Lung hanya dibawa dengan van selepas polis selesai menjalankan siasatan sepenuhnya.
Kira-kira 220,000 orang mati di jalan raya di China setiap tahun, paling ramai berbanding negara lain.
Posted by Unknown

[Video] Mati Dihempap Balak Ala Final Destination

[Video] Mati Dihempap Balak Ala Final Destination
ADA sebabnya mengapa setiap kenderaan diberikan had laju tertentu ketika berada di jalanraya mahu pun melepasi selekoh. Seharusnya undang-undang dipatuhi saja kerana pihak berkuasa sudah tentu telah menjalankan kajian sebelum menguatkuasakan had laju sesuai.
Jika tidak mematuhi had laju sepatutnya, inilah contoh terburuk yang boleh berlaku.
Bayangkan, pemandu sebuah lori yang sarat dengan muatan balak boleh ‘layan corner’ dengan selamba. Padahnya, kayu-kayu balak yang diikat di belakang lori tercabut lalu menghentam penghadang jalan.
Malangnya, ada pula manusia sedang berada di situ sewaktu kejadian itu berlaku. Maka, berlakulah tragedi kematian ngeri ala Final Destination.
Sewaktu layan corner pemandu lori mungkin hanya terfikir bahawa dia melanggar undang-undang. Tapi bila ada nyawa yang melayang seperti ini, bersedialah untuk menjawab dan bedepan tindakan undang-undang.
Walaupun kejadian ini berlaku di luar negara, kita sebagai pemandu boleh mengambil iktibar supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalanraya. Siapa boleh menduga, kalau kecuaian kita boleh mengkibatan nyawa orang lain melayang seperti ini. – MyNewsHub
Posted by Unknown

Masih Senyum Peluru Dalam Kerongkong

Masih Senyum Peluru Dalam Kerongkong
Ipoh : Seorang kanak-kanak, Mohd Amar Mohd Azizi, 10, masih mampu bercakap dan tersenyum, semalam, walaupun sebutir peluru tertanam di kerongkongnya.
Mohd Amar dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), malam Isnin lalu, selepas terkena tembakan dilepaskan seorang anggota polis berpangkat sarjan yang sedang mengosongkan senjatanya di hadapan rumah di Kampung Belanja Kiri, Parit, di sini.
Akibat kejadian itu, mangsa yang cedera parah dibawa ke Klinik Parit sebelum menjalani ujian imbasan X-ray di Hospital Batu Gajah dan dipindahkan ke HRPB.
Bapa mangsa, Mohd Azizi Abdullah Halim, 48, berkata, keadaan anaknya itu dilaporkan stabil dan menunggu masa untuk menjalani pembedahan.
Masih Senyum Peluru Dalam Kerongkong
“Walaupun peluru tertanam di dalam kerongkongnya, dia masih boleh bercakap dan berjalan seperti biasa
Thursday, October 17, 2013
Posted by Unknown

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -