Showing posts with label kemalangan. Show all posts

8 GAMBAR- Skyline Terbakar, 6 Sekawan Rentung

Enam sekawan maut dalam insiden kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta jenis Nissan Skyline yang berlaku di Bulatan Kampung Pandan berhampiran Kompleks Sukan Kampung Pandan di sini, awal pagi tadi.

8 GAMBAR- Skyline Terbakar, 6 Sekawan Rentung

Dalam kemalangan kira-kira jam 12.30 malam itu, kereta yang dinaiki oleh tiga lelaki dan tiga wanita itu dalam perjalanan menuju ke Kampung Pandan sebelum terbabas lalu merempuh tembok jejambat kemudian memasuki laluan bertentangan.


Pemandu dan penumpang kereta itu dipercayai gagal menyelamatkan diri selepas kenderaan tersebut terbakar.


Komanden operasi kanan, Hamid Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.42.


"Seramai 13 anggota dan pegawai dari Balai Bomba Dan Penyelamat Pudu dan Hang Tuah tiba ke lokasi kira-kira 10 minit kemudian," katanya


Beliau berkata, api marak dan kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu rentung.


"Kita berjaya mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit itu kira-kira 20 minit.

"Identiti kesemua mangsa masih belum dapat dikenalpasti berikutan keadaan semua mangsa rentung," katanya. Kesemua mayat di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.


#Terdapat percanggahan info mengenai jumlah kematian, HM melaporkan 4 maut, Sinar 6 maut manakala BH pula melaporkan 5 maut.
Wednesday, December 18, 2013
Posted by Unknown

Kemalangan Paling MISTERI & NGERI Di Lokasi Paling Berhantu !!

Pesanan kami, berhati-hatilah dijalan raya terutamanya ketika musim hujan ni ya! Utamakan keselamatan !

Brado Kapak – Hujan lebat turun tidak henti-henti sejak siang tadi. Hal ini telah mengakibatkan pelbagai kemalangan nyawa, banjir kilat dan pelbagai lagi malapetaka buruk menimpa ramai rakyat Malaysia. Musim hujan yang datang setiap akhir tahun ini adalah daripada musim Monsoon yang tiba. Monsoon Timur Daya dilaporkan sedang menaiki paras tertingginya minggu ini.
Antara lokasi yang akan mengalami situasi buruk adalah seluruh bahagian Pantai Timur Malaysia. Lokasi yang berhampiran pantai adalah kawasan merah pada musim Monsoon seperti ini. Tiupan angin monsoon yang kencang akan mengakibatkan ribut taufan, hujan lebat, banjir kilat dan macam-macam lagi peristiwa alam.
Antara yang paling misteri dilaporkan sepanjang musim angin Monsoon tahun ini adalah, satu kemalangan di Jerangau-Jabur. Lokasi ini memang lokasi paling misteri dalam seluruh jalan di tanah air kita. Lokasi jalan raya utama Jerangau – Jabur – Kemaman merupakan jalan paling sunyi, paling misteri, kelam dan tiada lintasan elektrik sepanjang jalan ini. Lebih misteri berbanding jalan Gua Musang – Kuala Krai.
Satu kemalangan ngeri telah dilaporkan hari ini sekitar jam 6 petang tadi waktu tempatan di kilometer 121 Jalan Jerangau – Jabur – Kemaman. Kemalangan mengakibatkan sebuah kenderaan pacuan 4 roda Mitsubishi Triton dengan sebuah lori minyak yang membawa muatan Minyak Masak Saji. Kemalangan dilaporkan oleh agensi berita tempatan kepada pihak kami. Mengapa kami katakan ini adalah antara kemalangan paling misteri?? Lihat sahaja kenderaan Triton yang remuk teruk sehingga hilang separuh daripada jasad kenderaan tersebut. Bagaikan kereta Half Cut berada di atas jalan raya ! Begitu sekali kengerian kemalangan ini. Mohon maaf admin tak dapat paparkan gambar mangsa kemalangan kerana ia lebih ngeri daripada yang disangkakan.
Jalan dari arah Jerangau menuju Kemaman ini merupakan antara jalan penghubung negeri yang paling teruk dalam Malaysia. Walaupun tidak hujan, jalan ini memang menyeramkan kerana jalannya yang sempit dan dipenuhi lobang disetiap jalan. Pada waktu malam pula, jalan ini sangat gelap gelita dan berhantu. Banyak kisah dan tragedi kemalangan disebabkan ternampak lembaga hitam, makcik berbaju putih melambai-lambai dan macam-macam lagi. Harap je negeri pengeluar minyak, tapi kualiti jalan macam hampeh. Mana Mat Said ni?? Tak buat kerja ke?? Repair la jalan tu Mat Id oii…. kesian awok-awok Ganu Hanelang mu ni….
Diberitakan kepada kami, pemandu lori tersebut patah tangan dan pemandu Mitsubishi Triton tersebut meninggal dunia. Ayuh sama-sama kita hadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada pemandu Triton tersebut… Al-Fatihah….
p/s: Penulis pun pernah kemalangan di kawasan jalan menghala Kemaman ni… penulis kemalangan bawa kereta Perodua Kancil 850 langgar tiang lampu disebabkan terbabas dari line kiri ke line kanan… kancil hampir terbelah dua… syukur penulis dan semua penumpang selamat masa tu. Alhamdulillah
LAGI GAMBAR !!
wow 4
wow
-
wow2
wow 3
Sumber berita dipetik daripada awok-awok Ganu Hanelang…
Artikel ditulis oleh BRADO KAPAK.

Monday, December 2, 2013
Posted by Unknown

Wanita Maut di Campak Kekasih Dari Tingkat 9

Seorang wanita Indonesia yang berusia lingkungan 30-an maut selepas dipercayai dicampak oleh teman lelakinya dari tingkat sembilan sebuah apartmen di Setapak, semalam.

Wanita Maut di Campak Kekasih Dari Tingkat 9

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, mangsa maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala.

Menurut sumber, pihak berkuasa kini menyiasat kemungkinan mangsa dibunuh kerana siasatan awal mendapati sebelum kejadian, mangsa dilaporkan bergaduh dengan teman lelakinya berusia 30-an.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa dilapor akan pulang ke negaranya hari ini.

“Bagaimanapun, mangsa bergaduh dengan teman lelakinya sebelum ditemui mati di tingkat bawah kawasan perumahan itu,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa juga mengemas pakaian miliknya kerana akan mengosongkan rumah berkenaan.

“Mangsa berada di Malaysia sejak setahun lalu dan bekerja di sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Sehingga kini pihak berkuasa belum mengklasifikasikan kes itu sementara menunggu laporan bedah siasat.

Katanya, pihak berkuasa memanggil teman lelaki suspek untuk diambil keterangan dan akan menahannya selepas laporan bedah siasat diperoleh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Monday, November 18, 2013
Posted by Unknown

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -