Showing posts with label aefril zafril. Show all posts

Zubir Bipop Balas Kenyataan Aeril Zafril

Nampaknya "peperangan" antara selebriti kontroversi Aeril Zafrel dan Zubir Bipop bertambah hangat apabila Zubir pula membalas kenyataan terbaru dari Aeril sebelum ini yang mendakwa seorang wartawan cuba menjatuhkan dirinya dan Wawa.

Aeril Dedah Dalang Cuba Jatuhkan Dirinya & Wawa

Menurut info, Zubir tidak berpuas hati dengan kenyataan Aeril tersebut yang tidak memuatnaik keseluruhan wechat antara Wawa dan beliau sehingga boleh menimbulkan kekeliruan kepada peminat.

Zubir Bipop Balas Kenyataan Aeril Zafril
Menurut kenyataan Zubir yang dipetik dari di laman Insta beliau,
uat peminat2 tegar & penyokong2 fanatik @aeril_zafrel & @waw4_zainal ini sambungan text @ bukti wechat yang cuba dijadikan alat propaganda mereka. Syabas! Renung kembali pribahasa ini: Kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga. Jangan kejutkan si naga yang sedang tidur nyenyak ???
Melihat kepada kenyataan Zubir, "Kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga. Jangan kejutkan si naga yang sedang tidur nyenyak" mungkinkah akan ada lagi artikel atau ulasan dari beliau tentang pasangan Aeril dan Wawa ini?

Zubir Bipop Ketika Sidang Media Aeril Zafrel
Saturday, November 9, 2013
Posted by Unknown

Wawa Dakwa Belum Hijrah SEPENUHNYA, Akan Buka Tudung Jika Ada Tawaran Berlakon

Wawa Dakwa Belum Hijrah SEPENUHNYA, Akan Buka Tudung Jika Ada Tawaran BerlakonSETELAH menghilangkan diri dalam tempoh yang agak panjang, kami kira tidak ada salahnya untuk terus menghidangkan cerita mengenai pelakon jelita, Wawa Zainal yang kini sudah mengesahkan statusnya sebagai isteri kepada Aeril Zafril.
Dalam sidang media yang diadakan sebelum ini, ramai yang bertanya, adakah Wawa sudah berhijrah kerana dilihat memakai tudung dan berbaju kurung pada waktu itu?
Jawapannya, belum sepenuhnya.
Memetik kenyataan Wawa melalui akhbar Sinar Harian, dia berkata yang dia masih lagi dalam proses pembelajaran dan sedang berusaha mendekatkan diri dalam agama.
“Buat masa ini, saya belum lagi berhijrah sepenuhnya. Saya masih belajar dan cuba mendalami ilmu agama.
“Kalau saya keluar, mungkin saya akan pakai tudung. Namun, jika ada tawaran lakonan yang memerlukan saya membuka tudung, saya akan buka.
“Namun, saya akui, memang saya selesa bertudung dan berhasrat untuk ke arah itu. Mungkin sedikit masa lagi,” ujar pelakon 99 Kali Rindu itu.
Dengan penjelasan itu, diharap peminat dan sesiapa sahaja yang tertanya-tanya mengenai ‘penghijrahan’ Wawa sudah jelas dengan isu ini.
Tak mengapalah. Kami yakin suatu hari nanti, ibu kepada Ahmad Fakharuddin Attar ini akan berhijrah sepenuhnya. Sama-sama kita doakan ya
Friday, October 18, 2013
Posted by Unknown

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -