Showing posts with label islamik. Show all posts

BIADAP! Hisap Rokok, Tunjuk Perut Depan Sekolah Agama


BIADAP! Itulah yang boleh dirumuskan daripada perbuatan wanita dalam gambar di atas.

Memang nampak sengaja sangat dia berdiri di depan papan tanda ‘Zon Menutup Aurat Dan Berpakaian Sopan’ lalu mengangkat baju menampakkan perut, tangan buat isyarat lucah sementara rokok terkepil di bibir.

Gambar melampau ini dipercayai diambil di Sekolah Rendah Agama Bersepadu, Taman Sri Tebrau, Johor Bahru, Johor.

Agaknya perempuan ini tak ada rasa malu langsung kalau perbuatanya ini disaksikan anak-anak kecil yang sedang menuntut ilmu akhirat di sekolah tersebut.

Tak kiralah sama ada beragama Islam atau pun tidak, jelas pelakunya mempunyai perangai yang buruk dan masalah moral kronik. – REM RAMZI


Saturday, December 21, 2013
Posted by Unknown

Adakah Ini Rupa Ustaz Azhar Idrus Semasa Muda?

SUDAH TENTU ramai yang tidak pernah tengok muka Ustaz Azhar Idrus, seorang penceramah bebas yang power ini pada masa dulu. Admin cuba mengorek gambar untuk mencari gambar tersebut dan akhirnya telah menjumpai gambar UAI semasa beliau muda-muda dulu. Dulu UAI ni rockers. Menurut sumber la, bawah ni adalah gambar Ustaz Azhar Idrus. Takda jambang lagi. #RESPECT




Friday, December 20, 2013
Posted by Unknown

SUBHANALLAH - Bunga Mekar Kini Memenuhi Pusara Ammar

Adakah anda masih ingat lagi kisah seorang pemuda melayu yang dikenali sebagai Ahmad Ammar. Pemergiannya cukup dirasai kerana jasa almarhum dalam memperjuangkan Islam. Ahmad Ammar antara insan yang sering menyertai misi-misi kemanusian di luar negara.

Untuk kali ini, ibu bapa Ahmad Ammar telah pergi menziarahi pusara anaknya di Turki. Subhanallah! Jelas kelihatan, bunga-bunga di atas pusaranya kembang dan segar mekar.

SUBHANALLAH- Bunga Mekar Kini Memenuhi Pusara Ammar

Kali ini, melalui akaun seorang pengguna Twitter Muhd AR, beliau berkongsi gambar ibu bapa pemuda Ahmad Ammar Ahmad Azam sewaktu mereka menziarahi pusara anaknya itu yang telah meninggal dunia 36 hari yang lepas.

Ahmad Ammar meninggal dunia dilanggar ambulan pada 2 November selepas terjatuh ketika melintas jalan.

Allahyarham juga menjadi orang Malaysia pertama dikebumikan di Tanah Perkuburan Eyub Sultan yang menghadap Laut Golden Horn.

Tanah perkuburan itu juga menjadi saksi tempat bersemadinya lebih 60 jasad para sahabat Nabi Muhammad S.A.W, para auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.

Jasad sahabat Rasulullah Saidina Abu Ayub Al-Ansari turut disemadikan di situ.

Dalam gambar di Twitter itu, kelihatan ayah Ammar, Ahmad Azam Abdul Rahman yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama ibu Ammar Nur Azlina Abdul Aziz berdiri di sebelah pusara anaknya itu yang dihiasi bungaan mekar.

Sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh Ahmad Ammar dan semoga beliau ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang soleh dan dijanjikan syurga olehNya kelak.

#Kongsikan artikel ini andainya anda fikir ianya sangat bermanafaat.
Friday, December 13, 2013
Posted by Unknown

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -