Showing posts with label muzik. Show all posts

Senarai 30 Lagu Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 28!



Sekian lama menunggu, sampai juga masa yang dinantikan para penggemar dan pemerhati muzik tempatan. Melalui dua episod mingguan Muzik Muzik 28 baru-baru ini telah diumumkan 30 lagu yang bakal berentap di Separuh Akhir Muzik Muzik 28.

Dijadualkan berlangsung pada 8, 15 dan 22 November, separuh akhir kali ini sekali lagi menjanjikan satu persaingan yang sengit. Untuk menyaksikan sendiri 'perlawanan' ini,  dapatkan pas masuk di Balai Pengawal TV3 bermula 6 November 2013.

1. Jagalah Diri - Jaclyn Victor
Komposer & Lirik: Edry Abdul Halim

2. Kembali - Akim & Stacy
Komposer & Lirik: Akim Ahmad

3. 5 Minit - Ramlah Ram & Caprice
Komposer: ID Mifzal
Lirik: B.A.M Ariz

4. Sahabat - Najwa Latif, SleeQ & Syamkamarul
Komposer: Najwa Latif
Lirik: Ika Latif

5. Kalau Aku Kaya - Altimet & Awi Rafael
Komposer: Omar K & Audi Mok
Lirik: Altimet

6. Bosan - Stacy
Komposer & Lirik: Audi Mok & Omar K

7. Cinta Kasih - Nubhan & Mila
Komposer & Lirik: Zaidi

8. In Love With You - Noh Salleh & Aizat Amdan
Komposer: Aizat & Anas Amdan
Lirik: Noh Salleh

9. Tak Cuba Kembali - Asfan
Komposer & Lirik: Asfan

10. Penghibur Jalanan - Amir Jahari
Komposer & Lirik: Amir Jahari

11. Jangan Pergi - Loka
Komposer & Lirik: Andriansyah & Daniel Loka

12. Setia Hujung Nyawa - Fiq & Mell Sakura
Komposer & Lirik: Faz Alberto

13. Kau Yang Terindah - Alyah
Komposer: Citra
Lirik: Erma Fatima

14. Anugerah Hidup - Estranged
Komposer: Estranged
Lirik: Richael L. Gimbang

15. Dewi Cinta - Adira
Komposer & Lirik: Mohd Atlas & Aiman

16. Bahagiaku Deritamu - Hafiz
Komposer: LY
Lirik: Baiduri

17. Adamu - Najwa Latif
Komposer: Najwa Latif
Lirik: Ika Latif

18. Tanda Tanya - Azlan & The Typewriter
Komposer: Light & Bakri
Lirik: Dark

19. Hanya Aku - Hyper Act
Komposer: Hyper Act
Lirik: Frozen

20. Kita - Forteen
Komposer & Lirik: Edry Abdul Halim

21. Dwihati - Aizat Amdan & Yuna
Komposer: Aizat & Anas Amdan
Lirik: Noh Salleh & Aizat Amdan

22. Aku Pelat - Salammusik
Komposer: DJ Fuzz & Salam
Lirik: Eyzabahra & Jaytan

23. Penglipurlara - Hazama & The Penglipurlara
Komposer: Omar K
Lirik: Zell

24. Menunggu - Akim Ahmad
Komposer & Lirik: Akim Ahmad

25. Permata - Alyah & Ben
Komposer: Zuriani
Lirik: Alyah

26. Rumah Kita - Hujan
Komposer & Lirik: Noh Hujan

27. Takkan Terpisah - Black
Komposer & Lirik: Kunci Demak

28. Agenda Jahiliah - Bunkface
Komposer & Lirik: Sam Bunkface

29. Ikut Rentakku - Jaclyn Victor
Komposer & Lirik: Edry Abdul Halim

30. Tetap Menantimu - Nomad
Komposer: Akid
Lirik: Poji
Thursday, November 7, 2013
Posted by Unknown

‘Botingkek’ Digugurkan Dari AIM Sebab Lagu Ciplak

‘Botingkek’ Digugurkan Dari AIM Sebab Lagu Ciplak
Lagu ‘Botingkek’ nyanyian Waris dan Juzzthin sememangnya cathy dan menjadi siulan ramai.
Justeru apabila ia tersenarai dalam pencalonan Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) ramai peminat lagu ini tumpang gembira.
Malangnya, badan penilai AIM 20 telah membuat keputusan untuk menggugurkan lagu ini daripada senarai setelah mendapati lagu tersebut mempunyai persamaan dengan lagu ‘Racks’ nyanyian rapper Amerika Syarikat, YC.
Perkara ini diumumkan Ketua Juri AIM 20, Datuk Ramli MS kepada akhbar Berita Harian.
Jika tidak digugurkan, ‘Botingkek’ yang merupakan lagu ciptaan DJ Fuzz akan berentap dengan empat lagu lain bagi kategori Lagu Hip Hop Terbaik.
Menurut Ramli, hasil penilaian mendapati ‘Botingkek’ mempunyai persamaan dari mula hingga akhir dengan lagu ‘Racks’.
Bagaimanapun sebuah lagi lagu yang dinilai semula kerana mempunyai unsur ciplak iaitu ‘Inilah Janjiku’ nyanyian Amran Ismail tidak menerima nasib sama seperti ‘Botingkek’.
Lagu yang dikatakan menciplak ‘I Heart You’ nyanyian kumpulan Indonesia, Smash itu terselamat kerana didapati persamaan yang wujud tidak banyak.
Begitu pun peminat Waris masih boleh berbangga kerana sebuah lagi lagunya, ‘Rembau Most Wanted’ masih tercalon dalam AIM 20. – MyNewsHub
Friday, November 1, 2013
Posted by Unknown
Tag :

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -