Showing posts with label pendidikan. Show all posts

Soalan Bocor, Pelajar Perlu Ulang Semula Kertas Matematik?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Seperti yang kita tahu peperiksaan SPM sedang dijalankan di seluruh Malaysia. Baru-baru ni kita digemparkan dengan berita Soalan SPM Bocor iaitu soalan Matematik Moden dan juga Matematik Tambahan.

Seorang guru yang juga tenaga pengajar di sebuah pusat tuisyen di ibu kota didakwa bertanggungjawab ke atas kebocoran soalan bagi subjek Matematik dan Matematik Tambahan untuk Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2013.

Soalan-soalan berkenaan didakwa ‘dibocorkan’ melalui beberapa siri seminar khas yang dijalankan di sebuah masjid, menjelang hari-hari akhir tarikh peperiksaan berlangsung.

Malah aktiviti berkenaan dikatakan berlaku sejak 2007 lagi dan telah ada laporan yang dibuat namun tiada sebarang tindakan ke atas individu berkenaan sehingga kini.

Perkara itu didedahkan Mohd Husaine Jaslee, 30, kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), selepas menerima maklumat daripada sekumpulan pelajar dan juga calon SPM, sebaik selesai kertas Matematik pada 18 November lalu.

Menurutnya, sekumpulan pelajar dari sekolah menengah di Zon Keramat itu memaklumkan mereka mendapat maklumat berhubung soalan bocor daripada rakan mereka yang menghadiri seminar berkenaan.

“Soalan dan susunannya sama bagi Matematik kertas II tetapi urutan soalan diubah-ubah bagi kertas satu. Setiap ayat, nombor, diagram dan apa sahaja dalam kertas soalan memang sama dengan apa yang dibocorkan,” katanya.

Atas rasa tanggungjawab, Mohd Husaine kemudiannya mengumpulkan bukti dan melaporkan ke Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Katanya, disebabkan maklumat soalan bocor itu diperolehi selepas kertas Matematik, dia diminta mendapatkan bukti kertas Matematik Tambahan sebelum peperiksaan kertas itu dijalankan bagi memastikan perkara itu benar-benar terjadi (kebocoran soalan).

“Pada 20 November, seminar sama diadakan iaitu sehari sebelum kertas Matematik Tambahan dijalankan, namun tiada tindakan diambil dan saya dimaklumkan pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia tidak mempunyai kuasa dan hanya menunggu laporan seterusnya.

“Lima minit sebelum kertas dua Matematik Tambahan dijalankan, saya menerima tiga keping gambar dipercayai soalan dan jawapan untuk kertas dua subjek itu dihantar seorang pelajar melalui ‘Whatsapp’.

“Saya terus ke Unit Keselamatan Lembaga Peperiksaan Malaysia dan mencetak gambar itu sebagai bukti,” katanya.

Tambahnya, setelah diteliti kembali soalan kertas dua Matematik Tambahan, dia mendapati soalan nombor dua bahagian A kertas tersebut adalah sama dengan maklumat bergambar yang diterima pada awalnya.

“Saya dipanggil oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan dimaklumkan mereka akan menyiasat perkara itu dan saya akan dijadikan saksi,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju, kelmarin
Sunday, November 24, 2013
Posted by Unknown

Anak Melayu muncul pelajar ke-Tujuh terbaik di dunia dalam Exam ACCA



SHAH ALAM – Anak peniaga pasar malam, Siti Aisah Kamarulzaman, muncul graduan terbaik Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) Malaysia dan ketujuh terbaik ACCA dunia bagi peperiksaan Jun 2013.

Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Tan Sri Profesor Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata Siti Aisah menduduki tempat ketujuh terbaik daripada 6,000 calon yang menduduki peperiksaan berkenaan dari seluruh dunia.

“UiTM sangat berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh Siti Aisah yang membuktikan bahawa jika kita mahukan sesuatu, tiada yang mustahil dan sesiapa juga mampu melakukannya,” katanya pada sidang media meraikan kejayaan itu hari ini.

Beliau berkata Siti Aisah juga mewarisi kejayaan yang dicapai abangnya, Khalid, yang turut muncul graduan terbaik di Malaysia dalam peperiksaan sama tahun lepas.

Siti Aisah, 21, penuntut Jabatan Pengajian Perakaunan Profesional, Fakulti Perakaunan UiTM, muncul terbaik daripada 724 graduan ACCA di negara ini.

“Saya bersyukur dengan pencapaian ini serta berterima kasih kepada kedua ibu bapa dan pensyarah saya yang banyak memberi sokongan serta semangat sepanjang pengajian saya, merekalah kekuatan dan pendorong kejayaan bermakna ini.

“Sejujurnya, saya tidak jangka langsung kejayaan ini dan bersyukur kerana mampu mengulangi pencapaian cemerlang abang dalam peperiksaan ini,” kata anak keempat daripada sembilan beradik itu.

Beliau berkata pengalaman ayahnya, Kamarulzaman Udin, 51, sebagai peniaga pasar malam dan nasihat ibunya, Saadah Rahmat, 52, seorang guru, banyak memberi semangat untuk sentiasa berusaha mencapai kejayaan dalam hidup.

Siti Aisah, yang kini berkhidmat di sebuah firma perakaunan terkemuka, berkata tiada rahsia tertentu untuk mencapai kejayaan sebaliknya perlu fokus dan berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Peminat bidang muzik itu turut berterima kasih kepada UiTM dan ACCA serta firma perakaunan BDO, selaku penaja yang menyediakan peluang untuk beliau sehingga muncul sebagai antara yang terbaik dalam bidang perakaunan.

Dalam perkembangan lain, Sahol Hamid berkata mulai tahun depan, semua kursus profesional UiTM akan ditawar di Medan Mara, Kuala Lumpur bagi memudahkan penuntut hadir ke kelas tanpa perlu menempuh kesesakan jalan raya.

“Jadi, mereka yang ingin ikuti kursus profesional boleh mengikutinya di Kuala Lumpur tanpa perlu ke Shah Alam, di mana kita bekerjasama dengan MARA bagi menyediakan kemudahan pengajian ini,” katanya. – AstroAwani

Sunday, November 10, 2013
Posted by Unknown

Koleksi Penuh Soalan Percubaan SPM 2013 Malaysia

Koleksi soalan percubaan SPM 2013 seluruh negeri termasuk dengan skema jawapan. Soalan percubaan atau soalan ramalan SPM adalah sangat penting untuk calon membuat persediaan sebelum menduduki peperiksaan sebenar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan datang.
Skema jawapan disertakan sekali dari setiap soalan bagi memudahkan pelajar atau calon membuat latihan dan menyemak jawapan anda.
DOWNLOAD KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH ASRAMA PENUH SBP 2013 BESERTA SKEMA JAWAPAN
Soalan Percubaan SPM 2013 Terengganu
(Termasuk Skema Jawapan)
Soalan Percubaan SPM 2013 Negeri Kedah
Soalan Percubaan SPM 2013 Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Soalan Percubaan SPM 2013 Negeri Sembilan
Soalan Percubaan SPM 2013 Negeri Pahang
Soalan Percubaan SPM 2013 Pulau Pinang
Nota Penting: Koleksi soalan SPM 2013 untuk setiap negeri yang lain akan dikemaskini dari masa ke semasa. Harap maklum
Wednesday, October 23, 2013
Posted by Unknown

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -