Nurul AF2 Menang Saman RM250,000 Ke Atas TV3

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan TV3 dan empat yang lain membayar ganti rugi RM250,000 kepada Nurul AF2 dan suaminya dalam kes saman fitnah perkahwinan yang disiarkan dalam program hiburan 'Melodi' dua tahun lepas.
  
Nurul AF2 Menang Saman RM250,000 Ke Atas TV3

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin juga memerintahkan kelima-lima defendan membayar sejumlah RM70,000 sebagai kos kepada penyanyi itu yang lebih dikenali dengan gelaran Nurul AF2 dan suaminya Mohd Munzil Muhamad selaku plaintif pertama dan kedua.
  
Nor Bee membuat keputusan itu selepas membenarkan saman yang dikemukakan pasangan itu terhadap TV3, penerbit rancangan Melodi Azman Abd Ghafar, wartawannya Michelle Wee Lili, syarikat Alt Media Sdn Bhd dan abang kandung Nurul iaitu Bustamam Zawawi.
  
Nor Bee juga memutuskan kesemua defendan gagal membuktikan pembelaan masing-masing dalam kes saman itu.
  
Pada 5 September 2011, Nurul dan suaminya memfailkan saman terhadap kesemua defendan selepas rancangan Melodi pada 26 Jun 2011, menyiarkan kenyataan berhubung isu perkahwinan mereka yang didakwa berunsur fitnah berserta gambar visual yang merujuk kepada pasangan itu.


Mereka juga mendakwa perkataan serta gambar visual yang disiarkan dalam rancangan itu memberi gambaran bahawa perkahwinan mereka tidak sah di sisi undang-undang dan mereka tidak menghormati ibu bapa serta keluarga.
  
Pasangan itu yang diwakili peguam David Dev Peter menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, perintah injunksi, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
  
Dalam keputusannya Nor Bee juga berkata perkahwinan Nurul dan suaminya adalah sah mengikut perintah Mahkamah Syariah Hulu Langat yang mengesahkan pernikahan pasangan itu.
  
Nor Bee membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan saksi plaintif dan defendan.  - Bernama
Saturday, December 21, 2013
Posted by Unknown
Tag :

Adakah Ini Rupa Ustaz Azhar Idrus Semasa Muda?

SUDAH TENTU ramai yang tidak pernah tengok muka Ustaz Azhar Idrus, seorang penceramah bebas yang power ini pada masa dulu. Admin cuba mengorek gambar untuk mencari gambar tersebut dan akhirnya telah menjumpai gambar UAI semasa beliau muda-muda dulu. Dulu UAI ni rockers. Menurut sumber la, bawah ni adalah gambar Ustaz Azhar Idrus. Takda jambang lagi. #RESPECT




Friday, December 20, 2013
Posted by Unknown

7 Gambar Syamsul Yusof Kini Telah Berhijrah

Kes cetak rompak filem KL Gangster 2 hasil arahannya, meninggalkan kesan mendalam terhadap pengarah dan pelakonnya, Syamsul Yusof. Beliau kini seakan menyepikan diri daripada bidang hiburan.

Pengarah KL Gangster ini dilihat semakin mendekatkan diri dengan agama dengan menghadiri pelbagai majlis ilmu yang diadakan di sekitar Lembah Klang.


Perkembangan positif nampaknya, Tahniah, semoga beliau terus kekal dengan imej sebegini dan jangan sesekali berputus asa dalam hidup anda.

Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Teruskan istiqamah dalam perubahan yang dilakukan.



Posted by Unknown
Tag :

Aril Pilus & Puteri Edlinda Sah Suami Isteri

9

Tahniah diucapkan buat pasangan sama cantik sama padan Khairil Azam Pilus, 28, dan isterinya, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin, 27, yang telahpun selamat menjadi suami isteri sebentar tadi.

Dengan mas kahwin bernilai RM15,000, Puteri Edlinda kini sah bergelar isteri kepada Aril dengan sekali lafaz. Pasangan ini telah dinikahkan di Kota Bahru, Kelantan berwalikan bapa Puteri Edlinda.


Aril Pilus & Puteri Edlinda Sah Suami Isteri
Aril dalam persalinan baju nikahnya

Untuk pengetahuan, Aril merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ketujuh dan Puteri Edlinda merupakan seorang pramugari Saudi Arabian Airlines

Apapun, tahniah Aril dan Puteri! Semoga berbahagia dunia akhirat.

1

11

10
 
8
Posted by Unknown
Tag :

Skandal Adi Putra dicerai talak satu oleh Suami

ohmedia-skandal-adi-putra-mahu-buka-semula-kes
Wanita berstatus isteri yang dikaitkan mempunyai hubungan sulit bersama pelakon Adi Putra telah diceraikan oleh suaminya Haji Amiruddin dengan talak satu secara lisan pada Khamis jam 4.30 petang di kediamannya Kulai, Johor.
Berita itu disahkan sendiri oleh bekas suaminya Haji Amiruddin. Menurut beliau, dia telah membuat keputusan itu selepas merasakan tidak mampu lagi mengharungi kes skandal Nooraida bersama Adi Putra selain untuk kebaikan bersama.
“Saya telah menceraikan isteri saya dengan talak satu pada Khamis lalu pukul 4.30 pagi di kediaman kami.
“Keputusan ini tidak terburu-buru sebaliknya kami telah membuat perbincangan dari hati ke hati untuk kebaikan bersama,”
“Sebelum cerai dilafazkan, kami berdua keluar makan dan meronda di sekitar kawasan bandar sebelum pulang ke rumah.” katanya yang ditemui wartawan di Pejabat Peguam Negara hari ini.
Sebelum ini, Haji Amiruddin setegas-tegasnya memberitahu dalam sidang media yang diadakan bahawa dia mahu membuka semula kes skandal Nooraida dan mendakwa siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa adalah tidak telus sehingga menyebabkan kes itu digugurkan dan tiada pertuduhan dikenakan kepada Adi Putra.
Namun sebelum beliau pengumuman penceraian itu, Amiruddin telah membuat rayuan kepada Jabatan Peguam Negara untuk mempertimbangkan dan membuka semula kes tersebut.

“Berdasarkan bukti yang ada, saya membuat rayuan u tu melihat kes ini mengikut mana-mana seksyen yang lebih relevan. Tujuan saya meneruskan kes ini adalah kerana merasa diri ini teraniaya.
“Kalau boleh saya mahu kes ini ditukarkan dari Seksyen 509 Kanun Keseksaan (gangguan seksual) kepada Seksyen 489 kanun yang sama iaitu memikat wanita yang sudah bersuami,” ujarnya.
Ditanya bagaimana reaksi Nooraida setelah Haji Amiruddin melafazkan cerai, beliau berkata;
“Noraida menerima dengan hati terbuka walaupun masing-masing sedih kerana rumah tangga yang kami bina selama 10 tahun runtuh,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan surat representasi atau rayuan ke pejabat peguam negara di sini, sebentar tadi. 
Hasil perkahwinan Amiruddin dengan Noraida kira-kira 10 tahun, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia lapan tahun.
Sumber: mstar.com.my
Posted by Unknown
Tag :

Tiada Penaja, Majlis Kahwin Aril Pilus Guna Wang Sendiri


Aril Pilus
PETALING JAYA: Penyanyi Aril Pilus menggunakan wang daripada titik peluhnya untuk mengadakan majlis perkahwinan dan tidak menerima tajaan mana-mana pihak.
Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 28, berkata, semua perbelanjaan perkahwinannya adalah hasil wang simpanan dan sedikit pelaburannya sepanjang menjadi artis.
"Cabaran untuk berkahwin yang utama apabila kita perlu mempunyai duit yang banyak. Namun saya ada buat simpanan sejak mula bekerja sebagai persediaan untuk kegunaan seperti ini.
“Saya juga lebih selesa menggunakan duit sendiri daripada mahu mencari penaja mana-mana pihak,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Puteri Erma Edlinda
Aril akan mendirikan rumah tangga dengan seorang pramugari Saudi Arabian Airlines, iaitu Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin, 27, selepas solat Jumaat.
Majlis akad nikah bakal berlangsung di kampung pengantin perempuan iaitu di Wakaf Che Yeh, Kota Baharu, Kelantan pada Jumaat (hari ini).
Majlis pernikahan dan persandingan akan diadakan secara kecil-kecilan untuk ahli keluarga terdekat di Wakaf Che Yeh, Kelantan.
Aril yang juga deejay Era FM berkata, dia turut berasa gemuruh untuk melalui detik-detik bergelar suami
Bagaimanapun dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk memikul tanggungjawab tersebut.
"Debaran semakin terasa dan sukar untuk saya gambarkan apa yang saya rasa pada majlis itu nanti.
"Saya harap dapat lafazkan akad dengan lancar dan tidak tersalah sebut kerana perasaan gemuruh," katanya.
Sementara itu, Aril berkata, majlis persandingan di Kuala Lumpur untuk rakan-rakan dan media akan diadakan pada Mac tahun hadapan.
"Pada majlis nikah, kami buat secara kecil-kecilan dahulu kerana bakal isteri saya hanya dapat cuti dua hari sahaja dan pada Mac nanti baharulah kami adakan untuk rakan-rakan dan media," katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya tentang keistimewaan Puteri, Aril memberitahu wanita itu mempunyai kelembutan dan ciri-ciri yang sesuai untuk dijadikan isteri.
Dia juga tidak menghalang untuk isterinya terus bekerja sebagai selepas berkahwin nanti.
Posted by Unknown
Tag :

Tahniah, Ummi Nazeera Berjaya Tamat Pengajian di Melbourne

Sekalung tahniah diucapkan buat Ummi Nazeera yang telah berjaya menamatkan pengajiannya di RMIT University, Melbourne, Australia.

Berita gembira tersebut telah dimuatnaik sendiri oleh Ummi Nazeera melalui laman Instagramnya selepas tamat "graduasi" semalam.

Tahniah, Ummi Nazeera Berjaya Tamat Pengajian di Melbourne

"Alhamdulillah thanks to my parents for having me. Thanks to mama for raising me. Thanks to abang for taking care of me. Thanks to my friends for strengthening me. Most importantly, All praises be to Allah for inspiring me," ujar Ummi penuh semangat.


Posted by Unknown
Tag :

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -