Posted by : Unknown Sunday, October 27, 2013

Parah Angkara Botol Kicap ‘Terbang’
GEORGETOWN : Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) parah di kepala selepas terkena botol kicap dipercayai dibuang individu tidak bertanggungjawab di Flat Padang Tembak, Air Itam, di sini, malam kelmarin.
Kejadian berlaku jam 4.30 petang apabila penjual surat khabar Kwok Aik Siew, 59, melalui jalan antara blok A dan B sebelum botol kicap itu mengenai kepalanya, menyebabkannya rebah.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Ismail Idris berkata, mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) oleh orang awam dan menjalani pemeriksaan X-ray untuk melihat kesan kecederaan.
Katanya, mangsa setakat ini tidak sedarkan diri kerana dibius dan siasatan awal mendapati insiden itu kemalangan yang tidak disengajakan menyebabkan botol kicap itu dibaling ke arah mangsa.
“Sehingga kini tiada saksi tampil untuk menyatakan objek itu dibuang atau jatuh dari aras mana dan difahamkan, kejadian objek jatuh kerap berlaku di situ.
“Ketua Balai Polis Air Itam diarah mengatur pertemuan dengan Ahli Jawatankuasa Penduduk untuk mengenal pasti punca, sekali gus mengambil tindakan agar tidak berulang,” katanya. – HMetro

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -