Posted by : Unknown Monday, November 18, 2013

Afdlin Hina Gaza Di Maharaja Lawak Mega?
 Pelakon dan pengarah Afdlin Shauki pada pertandingan malam pertama Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 dilihat mengeluarkan kenyataan yang bersifat memperlekehkan saudara kita sesama Islam di Gaza, Palestin.
Afdlin menyertai pertandingan itu dengan nama kumpulan Boboi bersama pelakon Harun Salim Bachik tanpa kelibat pelawak Nabil yang menyertai kumpulan Boboi pada MLM tahun lepas.
Pada persembahan Boboi Jumaat lepas, ada dialog Afdlin yang kononnya diterjemahkan dalam bahasa Arab bermaksud menghina sudara Islam Palestin di Gaza.
Sebaik Afdlin habis bercakap kononnya dalam bahasa Arab, beliau berkata “Eh.. bawak balik budak gemuk ni, makanan kita dah habis,” kata Afdlin dengan dialog itu konon-konon sebagai dialog yang dikatakan oleh penduduk Gaza.
Kata-kata itu disambut dengan gelak ketawa besar oleh penonton MLM di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tetapi jelas ia terdapar unsur menghina penduduk Palestin.
Sudah pasti penduduk Gaza bersyukur dengan kehadiran orang luar yang bersama-sama ingin berkongsi kesedihan dan kesesusahan dengan mereka. Sudah pastinya juga penduduk di Gaza melayan Afdlin dengan baik dengan makanan yang mencukupi.
Sudah pasti juga di hati rakyat Gaza tidak timbul benci kepada Afdlin kerana sifat kuat makannya itu.
Jika Afdlin hanya mereka-reka dialog itu, jelas ia satu fitnah kepada penduduk Gaza biarpun ia sekadar berlawak atau bergurau.
Pada 25 Februari lepas, Afdlin mengakui sudah berhijrah mendalami ajaran agama Islam agar menjadi Muslim yang benar-benar bertakwa selepas pulang dari wilayah bergolak itu.
Sebagai pelakon dan pelawak profesional, dialog sebegitu seharusnya tidak keluar daripada mulutnya kerana ia kelihatan seperti mengambil kesempatan menjadikan Gaza sebagai bahan jenaka.
Percayalah, apa yang berlaku di Gaza tidak pernah dianggap sebagai jenaka oleh penduduk di sana melainkan Afdlin yang menjadikannya ia bahan lucu dan untuk ditertawakan. – MyNewsHub

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -