Posted by : Unknown Tuesday, November 12, 2013


Ada di antara kita yang masih muda remaja tapi dah tumbuh uban. Ia agak membimbangkan. Maklumlah muda-muda lagi rambut dah beruban. Bila hal ini berlaku, ia menjejaskan penampilan kita. Secara tak langsung, tahap keyakinan diri pastinya menurun. Sebab selalunya rakan-rakan pasti akan mengenakan kita hanya kerana masalah ini. Huhuhu... Sedih, kan?

Sebenarnya, antara faktor tumbuhnya uban di usia muda kerana gaya hidup kita yang tidak sihat ataupun disebabkan tekanan.

Tapi, tak perlulah risau sangat. Ini kerana ada caranya untuk mencegah uban ni. Percayalah ia cukup mudah untuk diikuti serta diamalkan. Kita cuma perlukan;

  • 1 cawan teh pekat
  • 1 sudu kecil garam


 Kemudian;
  1. Masukkan garam ke dalam secawan teh pekat.
  2. Kacau hingga sebati.
  3. Curahkan perlahan-lahan teh masin tadi ke seluruh rambut.
  4. Urut kepala secara lembut.
  5. Setelah itu, biarkannya selama 1 jam.
  6. Akhir sekali, bilas rambut dengan air sejuk.

Ulangi cara di atas sebulan sekali. Dengan izin-Nya, kita boleh mencegah uban.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -