- Back to Home »
- artis , informasi »
- Dato’ Siti Nurhaliza Tegur Kritikan KJ?
Posted by : Unknown
Wednesday, November 13, 2013
KUALA LUMPUR : Baru sahaja tengahari tadi Murai Batu baca dan tengok video YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan kita yang muda dan kacak itu di Murai.com.my di mana dia memberikan ucapan selepas diumumkan sebagai pemenang untuk kategori Wired Celebrity Award di Shout! Awards yang berlangsung Sabtu lepas.
Bukan main lagi dia memberitahu para penyokong dan pengikutnya serta mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokongnya selama ini dan juga mengundinya untuk membawa pulang anugerah tersebut.
Tup tup petang tadi Murai Batu terbaca pula tweet daripada penyanyi nombor satu kita tak lain dan tidak bukan Dato’ Siti Nurhaliza yang dilihat menyuarakan pendapatnya mengenai tindakan YB Khairy Jamaluddin atau KJ yang disifatkan terlalu lantang dan seakan biadap terhadap pemimpin yang lebih veteran.
Siti Nurhaliza @CTNurhaliza11- Sbg Menteri Muda &being look up,rasanya @Khairykj perlu menggunakan pendekatan yg lebih berhemah.lantang x perlu biadap dgn yg lebih tua.
Pada pandangan Murai Batu ia berbunyi seperti teguran serta pendapat Dato’ Siti Nurhaliza yang juga merupakan individu yang disegani oleh ramai.
Jadi dia merasakan sebagai seorang yang mempunyai nama haruslah berhemah jika mahu mengeluarkan sebarang kenyataan agar tidak menyinggung.
Jangan nanti teguran yang ingin disampaikan menjadi satu komen negatif kalau salah atur kata, betul tak? Punca sebenar mengenai status yang dimuatnaik oleh @CTNurhaliza11 itu pada tengahari tadi tidaklah pula Murai Batu tahu mengapa tetapi melalui pemerhatian dan ada juga Murai Batu bertanyakan teman yang meminati arena bolasepak negara, khabarnya kerana YB KJ lantang mengkritik Presiden FAM iaitu Sultan Ahmad Shah.
Tetapi Dato’ Siti telah menjelaskan bahawa status yang dimuatnaiknya itu sekadar pendapat peribadi sebagai seorang rakyat Malaysia yang bebas bersuara apabila dirasakan sesuatu yang kurang manis berlaku.
Ia pula melibatkan kritikan daripada seorang pemimpin kepada seorang pemerintah yang berdarah raja, kalau salah bicara lain pula jatuh hukumnya. Betul tak?
Itu apa yang Murai Batu rasakan lah. Apa-apa pun kita lihat ia daripada sisi positif sahaja. Bukan mahu mengeruhkan keadaan, sekadar berkongsi dengan pembaca sekalian. Mungkin anda ada pandangan anda sendiri? Murai Batu jalan dulu okay? Adios! – Murai