Posted by : Unknown Saturday, November 2, 2013


Pelakon yang pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Fida Ibrahim, Zalif Sidek menyatakan dia mahu mengakhiri zaman bujangnya sebelum usianya mencecah 30 tahun.
“Sekarang umur saya 28 tahun. Jadi saya mensasarkan ingin berkahwin sebelum umur saya 30 tahun. David Teo pun pernah berkata kepada saya, jika sudah ada calonnya, jangan disimpan lama-lama. Tapi saya rasakan sasaran untuk berkahwin sebelum usia 30 tahun itu adalah ‘just nice’ bagi saya,” katanya memetik laporan Gua.

Selain itu, Zalif kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan rakan sekolahnya, Nor Shafrina ekoran penyebaran gambar-gambar mesra mereka di laman Internet sebelum ini.
Mengulas mengenai perkara itu, Zalif berkata, “Shafrina bukan teman baru saya, dia merupakan kawan lama yang saya temui semula. Kami merupakan teman sekolah dulu dan saya berjumpa semula dengannya di laman Instagram”.

“Saya juga ingin menjelaskan yang dia bukanlah teman wanita saya, dia merupakan teman rapat saya buat masa ini,” katanya.

Zalif juga mendedahkan dia tidak akan menyembunyikan daripada pihak media sekiranya jodohnya sudah sampai dan dia juga tidak menolak sekiranya ditakdirkan berkahwin dengan rakan sekolahnya itu.
Oleh: AUDREY LEE

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -