Posted by : Unknown Sunday, November 10, 2013

#70 Fizo Omar Dan Mawar Selamat Bertunang, Nikah Esok - ROTIKAYA


KAJANG – Pelakon Fizo Omar sah bergelar suami kepada anak pengasas tudung jenama Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan telah berlangsung di kediaman keluarga pengantin perempuan di Country Heights di sini kira-kira pukul 9.30 pagi, Ahad.
Acara tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi O di TV9.
Akad nikah telah disempurnakan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat, Mohd Arif Abd Samad dan disaksikan oleh dua orang saksi iaitu Wan Zamani Wan Omar dan Azreen Bajuri.

LAGI GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN FIZO OMAR DAN MAWAR DISINI

Pada majlis tersebut, Mawar, 24, turut menerima mas kahwin sebanyak RM506 namun wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.
Pengantin lelaki membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pihak perempuan.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, dan Mawar terdahulu mengikat tali pertunangan pada Sabtu lalu.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin, rakan artis dan wakil media.
Rombongan pengantin lelaki diiringi konvoi motosikal berkuasa tinggi selain tujuh selebriti lelaki iaitu Datuk Rosyam Nor, Fahrin Ahmad, Kamal Adli, Nazim Othman, Iqram Dinzly, Johan As’ari dan Shaheizy Sam ditugaskan untuk membawa dulang hantaran. - mStar Online



Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -