Posted by : Anas Nazri Thursday, November 7, 2013

Pelakon serba boleh, Shaheizy Sam memberitahu bahawa dia sedang menunggu pinangan dari seseorang wanita yang masih dia tercari-cari. Menerusi Sinar Online, sejujurnya dia masih belum mempunyai kekasih walaupun terdapat ramai kenalan perempuan yang dikenalinya.
“Saya masih menunggu calon wanita yang sesuai untuk meminang saya,” ujar pelakon ini sambil berseloroh apabila ditanya tentang soal kahwin.
“Setakat ini, saya tidak mempunyai sesiapa. Walaupun berkawan dengan ramai orang. Saya bukan seorang yang memilih. Tetapi belum jumpa wanita yang tepat, sebab saya sendiri tidak mencari. Saya seorang yang menunggu,” katanya ringkas.
Dia juga turut memberitahu sekiranya dia mempunyai teman wanita maka akan segera diberitahu kepada rakan-rakan media. Sementara itu, Sam enggan mengulas mengenai gosip percintaan dirinya bersama aktres jelita Nur Fazura, kerana menganggap bahawa perkara itu tidak benar kerana hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang kawan. (rtky/hfz)

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -