Posted by : Unknown Saturday, November 2, 2013

Aktor berpengalaman, Soffi Jikan mungkin akan menyebabkan beberapa pengusaha filem berasa hati dengan kenyataannya itu apabila menyatakan dia sudah muak dengan perkembangan industri seni tempatan.


Menurutnya, ketika ini, tiada sebarang jaminan masa depan terhadap semua penggiat industri seni termasuk pelakon dan mereka yang bekerja di belakang tabir.

Tambah mengejutkan, dia juga berkata ingin berhenti berlakon dan mahu memberi fokus kepada bidang penerbitan pula.

"Saya memang hendak berhenti berlakon tetapi mungkin berhenti secara seni sahaja. Sebaliknya, saya berlakon bukan kerana jiwa, tetapi duit," jelasnya.

Tambahnya, melalui syarikat produksi yang baru ditubuhkannya Iman Filem Sdn Bhd., dia akan memilih penerbit yang betul-betul mampu menjaga kebajikan pekerja.

"Mungkin selepas ini saya hanya akan berlakon dalam filem yang diterbitkan oleh syarikat saya sahaja," jelasnya.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -