Posted by : Unknown Sunday, November 10, 2013


Suami kepada pegawai operasi Ambank yang mati ditembak, Irwan Kamaruddin melahirkan rasa kesyukuran di atas usaha keras pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga tertangkapnya suspek pembunuhan isterinya, Norazita Abu Talib, 37.

Suspek yang dikenali sebagai Ardi itu telah berjaya ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pada jam 7.00 pagi tadi.

Irwan, 37, ketika dihubungi Bernama berharap suspek akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan jenayah yang telah dilakukannya.

Selain itu, dia juga turut melahirkan rasa penghargaan di atas usaha pihak polis yang bermati-matian memburu suspek sehingga ke lubang cacing.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada polis kerana menangani kes itu sehingga selesai,” katanya.

Ketika ditanya bagaimana kehidupannya serta dua anaknya selepas pemergian isterinya pada 23 Oktober lalu, Irwan hanya berkata kehidupannya tetap berjalan seperti biasa namun rasa sunyi tanpa kehadiran isteri di sisinya.

Norazita telah ditembak dengan menggunakan ‘pump gun’ oleh Ardi yang merupakan pengawal keselamatan di bank berkenaan ketika Allahyarham sedang menyimpan wang hasil operasi bank pada hari tersebut.

Pengawal yang merupakan warga negara Indonesia itu juga dilaporkan telah melarikan wang berjumlah RM450,000 sejurus insiden itu berlaku.


Oleh: AUDREY LEE

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -