Posted by : Unknown Saturday, November 2, 2013


Memandangkan kolej atau universiti menyasarkan golongan muda untuk datang belajar di tempat mereka, medium nyanyian boleh dikatakan salah satu cara terbaik untuk memikat hati bakal penuntut bagi menerangkan kelebihan menuntut ilmu di sesebuah pusat pengajian.
Antara yang menggunakan kaedah ini adalah Universiti Loughborough, Leicestershire, UK.
Malangnya, video yang dihasilkan ini telah dinobatkan oleh kebanyakan yang mendengarnya sebagai video paling teruk dan meluat untuk ditonton di internet.

Malah, ramai menyamakan video yang dinyanyikan para penuntut daripada Persatuan Pelajar Loughborough ini dengan satu lagi video yang pernah dikritik hebat di internet satu ketika dulu iaitu lagu Friday nyanyian Rebecca Black.

Video ini mengadaptasi lagu La La La nyanyian Naughty Boy tetapi satu perkara yang kurang difahami adalah mengapa rata-rata penuntut yang diambil untuk menjayakannya terdiri daripada mereka yang bersuara sumbang.

Bagaimanapun kebanyakan penonton video memberikan komen, bahagian paling azab dalam lagu ini adalah korusnya di mana para penuntut beramai-ramai menyanyikan baris berbunyi: “L-S-L-L-L-L-L-L-S-L-S-U / Exec exec exec exec exec at LSU.”

Ada juga yang terang-terangan menghentam, sesetengah penyanyi kelihatan seperti terencat.
Bagaimanapun setelah video ini mendapat kecaman dan kutukan hebat, Presiden Persatuan Penuntut Loughborough, Josh Hurrell memuatnaik status di laman Facebook bahawa video yang dihasilkan mereka hanya satu lawak yang tersilap diambil serius oleh kebanyakan orang. – REM RAMZI
VIDEO: Lagu Promosi Universiti Paling ‘Azab’http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Fullscreen-capture-1112013-43536-PM.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Fullscreen-capture-1112013-43536-PM-150x150.jpgAuthor MNHmyVideoTerkini,


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -