Posted by : Anas Nazri Saturday, November 2, 2013

Zain Saidin menerusi sebuah akhbar hari ini dilaporkan menolak desas-desus kononnya dia dan aktres Rozita Che Wan bakal bernikah pada 11 Disember depan mengambil angka 11.12.13.

Menurut Zain, 29, dia dan Rozita akan mengadakan sebuah sidang media khas bagi mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada pertengahan bulan hadapan selepas dia kembali dari Amerika Syarikat kerana menjalani penggambaran.

Zain Saidin Tolak Tarikh11.12.13 Sebagai Hari Nikah

"Saya tidak pernah memberitahu kepada sesiapa untuk bernikah pada tarikh tersebut dan itu hanyalah andaian daripada pihak lain dan bukannya datang dari mulut saya atau pun Rozita.

"Bagaimanapun persoalan itu akan terjawab pada satu sidang media khas untuk mengumumkan perkara itu sekembalinya saya daripada Amerika Syarikat pada pertengahan bulan hadapan," katanya lagi.

Sebelum ini ada akhbar melaporkan pasangan itu dipercayai memilih tarikh tersebut kerana ia mempunyai turutan angka yang menarik dan sumber turut mengesahkan mengenai perkara berkenaan.

Dalam pada itu, Zain tidak menafikan tarikh berkenaan istimewa dan menjadi pilihan banyak pasangan pengantin untuk melangsungkan perkahwinan.

"Ia adalah tarikh popular dan saya agak bimbang sekiranya kami memilih tarikh itu ia akan bertembung dengan banyak majlis lain yang mungkin akan menimbulkan masalah.

"Apa-apa pun masih belum ada keputusan muktamad mengenai tarikh kahwin kami dan ia akan dijelaskan pada sidang media itu nanti," ujarnya.

Pada 29 September lalu, keluarga Zain merisik Rozita dalam satu majlis tertutup di Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur.

Sementara itu, mengulas mengenai kekasihnya mengadakan sesi bergambar pra-perkahwinan di London baru-baru ini, Zain berkata, dia tidak dapat menyertai Rozita kerana sedang menjalani penggambaran Fear Factor di Cape Town, Afrika Selatan.

"Rozita ke sana bersama ahli keluarga yang lain dan dia ke sana bukan semata-mata untuk mengambil gambar pra-perkahwinan tetapi menguruskan beberapa perkara lain," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zain berkata, dia bakal berangkat ke Amerika pada Jumaat (esok) untuk menjalani penggambaran telefilem Oh! My English.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -