Posted by : Unknown Monday, December 9, 2013

Demikian pengakuan bekas penyanyi Kerispatih iaitu Sammy Simorangkir yang berasal dari Indonesia. Dakwa Sammy, kisah cintanya dengan personaliti TV3 iaitu Nadia Annuar sudah tinggal sejarah silam apabila mereka mengambil keputusan berpisah. 

Klik gambar untuk imej besar...



Semuanya kerana mereka berdua sudah tidak lagi mempunyai persefahaman lagi, tambah-tambah mereka juga berbeza agama. 

"Sekarang kami hanya kawan biasa sahaja dan tidak lagi mempunyai hubungan cinta kerana perbezaan agama," katanya kepada media kelmarin. 

"Buat masa ini saya ingin memberikan tumpuan kepada karier dan tidak mahu meletak sebarang harapan terhadap hubungan cinta. Perbezaan agama telah menimbulkan konflik dalam perhubungan kami. 



"Tambahan pula, saya bakal muncul dengan album terbaharu dan itu menjadi fokus saya dan bukannya soal cinta," tambahnya. 

Seterusnya, menjawab mengenai calon isteri yang sesuai, kata Sammy dia ingin mencari wanita yang seagama dengannya kerana ia lebih mudah. 

"Saya telah belajar daripada pengalaman lalu dan sebolehnya biarlah calon isteri saya nanti yang seagama dengan saya," jelasnya. 

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -