Posted by : Unknown Saturday, December 21, 2013

Che Ta Ditegur Lagi Kerana Bulu Mata Palsu
Sedang dramatis terkenal Rozita Che Wan menikmati bulan madunya bersama suami tercinta, Zain Saidin di Itali, masih ada lagi segelintir pihak yang gemar mencari kesalahannya.

Untuk pengetahuan anda, malam semalam Che Ta telah memuat naik sekeping foto mesranya bersama Zain sedang berbaring di atas katil seakan bersedia untuk masuk tidur berserta caption Goodnite Rome.
Mungkin bagi sesetengah orang, ianya hanyalah sekadar gambar biasa buat pasangan suami isteri yang baru berkahwin.

Namun dalam banyak-banyak respon dari peminatnya yang memuji kecantikan dan kebahagiaan pasangan ini, Che Ta turut ditegur kerana memakai bulu mata palsu walaupun hendak tidur.
Che Ta Ditegur Lagi Kerana Bulu Mata Palsu
Che Ta Ditegur Lagi Kerana Bulu Mata Palsu
Kebanyakan mereka mempertikaikan obsesi Che Ta yang mahu kelihatan cantik setiap masa walaupun adakalanya tidak masuk akal dan tidak bersesuaian.
Meskipun begitu, masih ada juga yang cuba memberi kata-kata positif dengan mengatakan Che Ta nampak lebih jelita tanpa memakai bulu mata palsu.
Apapun buat semua pembaca OHBULAN!, di sini kami sertakan beberapa keping foto Che Ta dan Zain yang sedang berbulan madu di destinasi pertama mereka, Rome.
Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan – Informasi Dot My

{ 1 comments... read them below or add one }

  1. Check out my blog at http://sembangbest.blogspot.com/ :)

    ReplyDelete

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -