Posted by : Anas Nazri Friday, December 20, 2013

Akaun bank milik pengacara TV3 terkenal, Ahmad Fedtri Yahya telah diceroboh dan dikeluarkan wang oleh orang yang tidak dikenali.

Duit Lesap, Akaun Bank Ahmad Fedtri Yahya di Ceroboh

Fedtri memaklumkan perkara tersebut melalui laman mikro Twitter, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Sejurus mengetahui perkara tersebut, Fedtri telah membuat laporan polis.

Fedtri juga sempat menasihatkan orang ramai agar sentiasa menyemak akaun bank masing-masing.


“Sentiasa semak akaun bank anda. Akaun saya telah diceroboh. Laporan polis telah dibuat. Tunggu siasatan,” tulisnya.

Melalui interaksi dengan pengikutnya di Twitter, Fedtri memberitahu kejadian tersebut melibatkan akaunnya di sebuah bank tempatan.

Fedtri mendakwa kemungkinan ada pihak yang menggunakan kad pendua ekoran banyak transaksi pengeluaran wang.


“Mungkin (ada) orang guna kad pendua. Ada banyak transaksi pengeluaran wang. Nasib cepat kesan,” katanya.

Dalam pada itu, Fedtri juga memaklumkan pengeluaran wangnya dilakukan sebanyak lima kali serentak oleh individu yang tidak dikenali itu.

Ahmad Fedtri yang dipercayai sedang bercuti diluar negara berada di London, UK setelah beberapa hari di Arab Saudi.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -