Posted by : Unknown Monday, December 16, 2013

Akhirnya identiti lelaki yang juga bakal suami Farawahida Razali,28, yang selama ini dirahsiakan lebih lapan tahun lamanya telah pun terdedah.

Farawahida Dedah Wajah Sebenar Bakal Suami

Farawahida Razali dan Abdul Shukur Mohd. Zain, 29, di Taiping, Perak, dijangka bakal bernikah pada esok hari sekitar jam 10.00 pagi. (Isnin, 16 Disember 2013).

"“Alhamdulillah. Semua dugaan bakal berakhir. Esok hari penting saya. Sekarang dah tak ada apa lagi yang nak disembunyikan," syukurnya pada perbualan malam Rabu lalu.

Biarpun berlainan bidang kemahiran, penyanyi lagu Jangan Tanya Aku Lagi ini tidak mahu merosakkan kepercayaan yang diberikan Shukur kepadanya selama ini.

Mengakui Shukur adalah lelaki yang menjadi tunjang belakang sewaktu dia patah semangat berdepan dengan dugaan sebagai anak seni, itu yang membuatkan hati Farawahida semakin tertawan kepadanya.

Menyifatkan tempoh lapan tahun sudah cukup untuk menyandar kepercayaan kedua-dua pihak, Farawahida turut berharap perkahwinan yang dibina bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Susah nak jumpa orang yang sanggup terima kekurangan kita. Beri sokongan sewaktu kita susah hati. Abang (Shukur) adalah orang yang cukup setia dalam bab-bab ini.

Abdul Shukur merupakan seorang ahli perniagaan dalam bidang kesihatan dan hartanah.

“"Dia orang yang penyabar dan sangat matang," tambah Farawahida yang turut terpikat dengan sifat Shukur yang menghormati kedua orang tuanya, Razali Noordin, 65, dan Sobariah Abdul Razak, 51.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -