Posted by : Unknown Thursday, December 5, 2013

Fizz Fairuz Masih Nak Kahwin Almy Nadia
Pelakon yang sering menimbulkan kontroversi berhubung kisah cintanya, Fizz Fairuz menyatakan dirinya masih ingin menyunting kekasihnya, Almy Nadia sebagai isterinya.
Mengikut perancangannya, Fizz ingin mendirikan rumah tangga tahun hadapan namun tarikhnya masih belum ditetapkan kerana ingin menyelesaikan walimatul urus adiknya terlebih dahulu.
“Saya akan berkahwin tahun depan, tetapi selepas menguruskan perkahwinan adik saya terlebih dulu,” katanya memetik laporan Berita Harian, hari ini.
Dalam pada itu, Fizz menyatakan dirinya masih lagi ahli kumpulan Apa Celup Toqq walau pun dia kini sudah tidak bersama-sama menjayakan program Liga Lawak Superstar (LLS).
Tempatnya kini digantikan oleh pelakon baru yang semakin meningkat naik iaitu Syafiq Kyle.


Fizz sebelum ini dikatakan sanggup meninggalkan program tersebut demi mengikuti rombongan menonton perlawanan bola secara langsung di Cardiff City, baru-baru ini. – MyNewsHub

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -