Posted by : Anas Nazri Monday, December 2, 2013


Jovian Mandagie & Nina Nafi Mahu Tittle Wedding Of The Year
KUALA LUMPUR : Diperkatakan sebagai pasangan yang bakal mendapat gelaran ‘Wedding Of The Year’ kerana persiapan yang disifatkan cukup meriah dan mewah, pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie dan pasangannya Nina Sabrina bagaimanapun menafikannya.
Bercakap kepada portal murai.com.my baru-baru ini, JovianMandagie berkata dia langsung tidak mengharapkan untuk mendapat gelaran berkenaan, melainkan supaya majlis perkahwinannya itu diingati oleh ramai pihak.
“Terus terang saya langsung tidak mengharapkan gelaran seperti itu. Tapi biarlah majlis perkahwinan kami itu nanti akan diingati dan kekal sampai bila-bila.Sebab itu kami tidak melangsungkannya secara besar-besaran.
“Apa yang saya tahu, majlis perkahwinan saya dan Nina dibuat seperti yang direncanakang dan sama sekali berbeza. Semuanya agar ia akan diingati dan InsyaAllah setiap perancangan akan berjalan dengan baik,”katanya.
Jovian Mandagie bakal menamatkan zaman bujangnya bersama anak Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Nina Sabrina Datuk Seri Ismail Sabri pada 11Disember depan.
Selain sebuah majlis akad nikah yang buat pertama kalinya akan diadakan di Muzium Diraja Istana Negara lama pada jam 3.00, mereka bakal diraikan pada majlis resepsi pada 14 dan 15 Disember ini di sebuah hotel terkemuka, Shangri-La Kuala Lumpur.
Ia diikuti pula dengan sebuah majlis resepsi secara terbuka diBera, Pahang (tarikh belum ditetapkan) yang dijangka bakal dihadiri oleh 20,000 tetamu.
Tambah Jovian Mandagie, bagi mengelakan daripada mengundang kemushkilan tetamu yang datang, setiap satu hantaran tidak kira bagi sebelah pihaknya ataupun perempuan akan ditutup rapat dan tidak akan ditayangkan kepada pihak umum.
Namun begitu, setiap barangan hantaran yang ditutup itu akan diletakan di atas dulang atau bekas hantaran yang cantik sebagai memenuhi ada tistiadat perkahwinan masyarakat Melayu tradisi.

{ 3 comments... read them below or Comment }

  1. Haaa ney bwu wedding of the year sbb smua guna duet sendiri bkn owg sponsor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2 saya setuju...dengan yang lagi satu pasangan tu boleh blah

      Delete

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -