Posted by : Unknown Thursday, December 19, 2013

Hasrat Dira dan suaminya, Mohd Helmi Mohd Yusof untuk mendapatkan anak kedua tergendala seketika apabila Dira baru-baru ini mendedahkan yang dia telah mengalami keguguran pada bulan lalu (November 2013).


Biarpun telahpun mempunyai seorang cahaya mata, Tengku Anggun Deandra yang kini berusia enam tahun hasil perkahwinan terdahulu dengan penyanyi Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd. Shahid, Dira dan suaminya sekarang berusaha untuk memperoleh cahaya mata.

Menurut Dira, dia sendiri tidak menyangka yang ketika itu dia hamil enam minggu dan perkara tersebut diketahuinya apabila menjalani pemeriksaan di klinik.

Keguguran Enam Minggu, Dira Abu Zahar Tak Perasan Kehamilan | Hasrat Dira dan suaminya, Mohd Helmi Mohd Yusof untuk mendapatkan anak kedua tergendala seketika apabila Dira baru-baru ini mendedahkan yang dia telah mengalami keguguran pada bulan lalu

"Pada bulan lalu saya sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersiri di Kemaman, Terengganu. Ketika itu, saya sedar sudah lewat datang bulan beberapa hari, namun saya tidak mengendahkannya dan beranggapan tiada sebarang masalah yang berlaku.

"Kemudian ketika saya sibuk bekerja, terdapat ketulan darah yang keluar dan saya terus dinasihatkan menjalani pemeriksaan di klinik. Selepas itu, penjelasan yang diberikan doktor agak mengejutkan saya."


Kata Dira lagi, "Menerusi pemeriksaan doktor menjelaskan yang saya sebenarnya telah hamil kira-kira enam minggu, tetapi kandungan saya itu tidak dapat diselamatkan kerana saya telah mengalami keguguran.

Tambah Dira lagi, beliau sedih dengan kejadian itu, namun tetap redha dengan ketentuan ilahi.

"Sudah tentu saya berasa sangat terkejut dan tidak sangka berbadan dua. Pada masa yang sama agak sedih dan kecewa kerana hasrat untuk mendapat cahaya mata kedua tidak kesampaian. Apa pun, saya tetap reda dengan dugaan ini."

"Suami ada berpesan supaya saya banyak bersabar dan anggap tiada rezeki kami buat masa ini. Tidak dinafikan sepanjang dua tahun berkahwin, kami memang sudah berusaha untuk mendapatkan anak.

Ketika ditanya punca keguguran, Dira sendiri kurang pasti puncanya, menurut Dira, ia mungkin berpunca daripada dirinya yang terlalu aktif bekerja. Katanya lagi, selepas apa yang berlaku, dia akan cuba elakkan diri untuk aktif dan akan segera membuat pemeriksaan sekiranya lambat datang bulan.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -