- Back to Home »
- artis »
- KES ADI PUTRA: Butang Jaket Yang Patut Dipakai Tercabut, Jelas Nooraida
Posted by : Unknown
Wednesday, December 18, 2013
umaat lalu, Amiruddin Othman, suami kepada wanita yang didakwa pernah menjalin skandal dengan Adi Putra membuat sidang media untuk memberitahu pendirian mereka berhubung kes berkenaan.
Namun selepas sidang media dibuat, isu yang lebih mendapat perhatian nampaknya bukan kenyataan Amiruddin tetapi pakaian yang dikenakan isterinya, Noraida Abd. Mutalib ketika sidang media berkenaan.
Pakaian Nooraida dianggap terlalu mencolok mata di bahagian dada hingga surat khabar terpaksa menutup bahagian tersebut kerana tidak sesuai untuk disiarkan.
Tapi dalam dunia siber yang lebih terbuka, gambar-gambar Nooraida ini hangat dikongsikan dan diperkata di forum dan media sosial hingga Nooraida akhirnya tampil membela diri dan menyatakan alasan mengapa hal ini berlaku.
Sebenarnya jika Nooraida berpakaian seksi bagaimana sekali pun di luar, ia tidak memberi kesan pada orang ramai kerana tiada siapa mengenalinya sebagai selebriti.
Namun apabila dia mengenakan pakaian sebegini ketika sidang media yang diadakan bagi bercakap tentang isu moral orang lain, sudah tentulah ia amat tidak sesuai dan ibarat memercik air ke muka sendiri.
Apa pun, kita semua tak perlu sibuk-sibuk sangat tentang pakaian Nooraida sebenarnya.
Kalau suami dia sendiri tidak kisah, siapa kita untuk mempertikaikan hal ini? – MyNewsHub