Posted by : Unknown Tuesday, December 17, 2013

Dua pemain bola sepak Pahang, Mohd Amirul Hadi Zainal, 27, dan Mohd Zaiza Zainal Abidin, 23, bersama pasangan mereka didenda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah kerana berkhalwat di Hotel Vistana, Kuantan pada 10 September lalu.

Khalwat- Dua Pemain Pahang Mengaku Bersalah

Hakim Syarie, Abdul Wahid Md Ali menjatuhkan hukuman tersebut terhadap kedua-dua pemain itu dan pasangan mereka, Zuraida Muhammad, 26, serta Puteri Natalya Nurul Adzween Rosly, 23, selepas kesemua mereka mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, dua pemain skuad Tok Gajah itu ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bersama pasangan masing-masing di bilik berasingan di Hotel Vistana di sini kira-kira pukul 4.30 pagi.

Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 145 (1) (2) Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -