- Back to Home »
- artis »
- Lana Nordin Nafi BOMOHKAN Johan As’ari
Posted by : Unknown
Monday, December 2, 2013
Tatkala kekasihnya Johan As’ari membuat pengakuan berani, melamar dirinya selepas tiga hari mereka berkenalan, ramai juga yang mendoakan kebahagian mereka berdua.
Bagaimanapun timbul pula cerita Lana kononnya menggunakan ilmu hitam untuk memikat hati Johan.
Membidas tuduhan tersebut, Lana sebaliknya memberitahu cinta mereka ibarat cinta pandang pertama.
“Itu benda bodoh (guna ilmu hitam). Saya kenal dia sehari. Tiga hari lepas tu dia lamar saya. Saya ada tanya dia apa yang dia suka dengan saya? Dia cakap, bila pertama kali dia tengok saya, dia dah suka.
“Saya harap semua boleh doakan yang terbaik. Saya memang nak cari lelaki beriman, lelaki yang menerima keburukan saya sebelum saya berubah. Johan ada ilmu dalam agama dan saya percaya dia bukan main-main bila bercakap hal kahwin. Saya hormati Johan sebab dia berani suarakan hasrat dia pada saya.
“Saya juga anggap ini sebagai wake up call untuk saya. Pada usia begini, saya mencari orang yang boleh membimbing saya. Mungkin inilah masanya saya berubah. Johan tak paksa saya. Kalau saya nak berubah kerana diri saya sendiri. Dia sokong saya. Dan saya buat perubahan perlahan-lahan”, katanya ketika ditemui pada Sabtu lalu.