Posted by : Unknown Sunday, December 1, 2013


Lana Nordin Suarakan Hasrat Bertudung
DENGAR khabarnya, pelakon Lana Nordin sudah berhasrat untuk memakai tudung dan menutup aurat sejak bakal menjadi isteri pelakon Johan As’ari ini.
Menurut entri beautifulnara, pelakon seksi itu akan mengubah imejnya kepada memakai tudung kerana kasih sayang dan perasaan cintanya terhadap Johan.
Bagaimanapun, beautifulnara hanya memetik sumber yang mengatakan Lana telah menyatakan hasrat untuk memakai pakaian muslimah ketika menghadiri sebuah majlis penganugerahan berprestij pada tahun depan.
“Dia (Lana) bakal berhijab kerana tidak lama lagi akan berkahwin dengan Johan. Keinginan untuk berhijrah juga memang pernah dimaklumkan oleh Lana sendiri kepada saya sebelum ini sepanjang berkenalan dengan Johan.
“Katanya kepada saya, kalau boleh biarlah dia bertudung kerana dia bakal berkahwin, Lagipun, Lana menyifatkan perkahwinannya itu bukan perkara main-main. Itu adalah serius!!” kata sumber itu.
Harapnya betulkan kisah dan keinginan Lana ini kerana niat murninya itu.
Nampaknya Johan benar-benar sudah menjadi pembimbing dan bakal merubah gaya hidup Lana. – MyNewsHub

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -