- Back to Home »
- informasi , rusuhan di singapura »
- Punca Sebenar Rusuhan di Singapura
Posted by : Unknown
Monday, December 9, 2013
Malam tadi berlaku satu rusuhan di Singapura hingga menyebabkan beberapa anggota polis dan enjawat awam cedera. Dilaporkan punca sebenar berlakunya rusuhan berlaku apabila seorang pekerja Bangladesh mati dilanggar sebuah bas di persimpangan Jalan Race Course dan Jalan Hampshire.
Susulan kejadian itu, sekumpulan pekerja asing bertindak balas dengan merusuh dan merosakkan harta awam termasuk membakar ambulans dan kereta polis yang dikejarkan ke lokasi.
Gambar Dan Video Rusuhan di Little India Singapura
Sekurang-kurangnya dua letupan kedengaran di kawasan kejadian berikutan tindakan perusuh membakar kenderaan terbabit. Beberapa kereta polis turut diterbalikkan.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Teo Chee Hean, berkata rusuhan itu menyebabkan kerosakan harta benda awam yang serius.
“Namun, situasi kini sudah terkawal. Polis tidak akan teragak-agak untuk bertindak terhadap mereka yang terbabit dengan rusuhan,” katanya
Dibawah merupakan video perusuh membaling dan cuba memecahkan sebuah bas yang dipercayai terbabit dalam kejadian tersebut.