Posted by : Unknown Sunday, December 1, 2013


[Video] Ibu Bapa Ahmad Ammar Kongsi Perasaan
Ramai yang tersentuh dan mengalirkan air mata selepas mengetahui kisah Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam yang kembali ke rahmatullah pada 2 November lalu kerana kemalangan jalan raya.
Ahmad Ammar merupakan anak yang soleh dan aktivis kemanusiaan yang cukup aktif di Istanbul sebelum meninggal dunia.
Oleh kerana kisah Ammar menyentuh hati banyak pihak, pihak Astro telah menjemput ibu bapa Allahyarham untuk berkongsi cerita tentang perasaan mereka terhadap Ammar menerusi program realiti Mimbar Pencetus Ummah yang disiarkan di saluran Astro Oasis, semalam.
Menyifatkan Ammar sebagai seorang insan yang telah mencurah bakti bagi kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama, pengacara program tersebut iaitu Dr Ridhuan Tee Abdullah turut mengalirkan air mata apabila ingin menjemput ibu bapa Ammar naik ke pentas.
Kata Dr Ridhuan, beliau sendiri tidak dapat menggambarkan bagaimana perasaannya jika ditimpa ujian seberat itu iaitu kehilangan anak seperti dilalui bapa Ammar, Ahmad Azam.
Saat bapa Ammar menceritakan bagaimana dia terkejut apabila mendapat berita anak tersayang yang disangka akan menyembahyangkan jenazahnya satu hari nanti telah pergi buat selama-lamanya, beliau tidak dapat menahan sebak.
Seluruh penonton di studio kelihatan turut sama mengalirkan air mata.
Begitu pun bapa Ammar tetap bersyukur kerana jenazah anaknya diuruskan dengan begitu bersungguh-sungguh malah sampai diberi peluang dikebumikan di tanah perkuburan istimewa yang turut menempatkan makam para anbiya’ Islam.
Ibu Ammar, Azlina pula menyatakan sepanjang hayat anak lelaki tunggalnya itu, beliau tidak pernah walau sekali pun perlu meninggikan suara kepada Ammar kerana keelokan pekertinya.
Justeru dia bersyukur kerana Ammar dijemput pergi ketika Allahyarham sedang berada di saat terbaik dalam hidupnya sebagai anak dan muslim.
Subhanallah.. sangat beruntung ibu bapa Ammar. Bertuahlah sesiapa sahaja yang mempunyai anak sebaiknya. Semoga syurga menjadi tempatmu di sana, Ammar. – MyNewsHub

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -