- Back to Home »
- informasi , islam , isu pengharaman kalimah Allah , penggunaan kalimah Allah »
- PPMM: Pengharaman Kalimah Allah Cuma Untuk Herald
Posted by : Unknown
Friday, October 18, 2013
PERSATUAN Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) hari ini menjelaskan, keputusan tidak boleh menggunakan kalimah Allah yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Isnin lalu hanya melibatkan majalah mingguan terbitan gereja, Herald dan tidak termasuk penerbitan lain.
Perkara ini diperjelaskan dalam satu kenyataan media yang diedarkan pada hari ini sebagai respon terhadap kebimbangan masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak terhadap pengharaman Bible dalam bahasa Melayu yang dikenali sebagai Al-Kitab.
Persatuan itu memberi jaminan, penganut Kristian di sana tidak akan terjejas dengan keputusan mahkamah tersebut.
Pada masa sama persatuan menasihatkan masyarakat supaya benar-benar membaca dan memahami keputusan mahkamah sebelum membuat kesimpulan sendiri atau sebarang kenyataan yang boleh disalahtafsirkan.
Isnin lalu, panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali serta Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini sekaligus menghalang The Herald daripada menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.
Bagaimanapun, pihak gereja yang mempunyai masa untuk membuat rayuan dalam masa 30 hari mengakui akan berbuat demikian.
Pada masa sama persatuan menasihatkan masyarakat supaya benar-benar membaca dan memahami keputusan mahkamah sebelum membuat kesimpulan sendiri atau sebarang kenyataan yang boleh disalahtafsirkan.