Showing posts with label wawa zainal. Show all posts
Nasihat Aeril Zafrel Kepada Zubir – “Muhasabah La Diri”
Makin menjadi-jadi ‘perang’ di antara wartawan hiburan Zubir Yunus dan pelakon Aeril Zafrel.
Terbaru, menerusi program hiburan Melodi, Aeril tampil membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Zubir sebelum ini.
Pelakon berusia 25 tahun itu meminta Zubir supaya sentiasa bermuhasabah diri dan jangan sibuk hendak mencari kesalahan orang lain.
“Banyak-banyakkanlah bermuhasabah diri. Sibuklah mencari kesalahan diri sebelum kita sibuk mencari kesalahan orang lain. Perbanyakkanlah mencermin diri sendiri sebelum kita judge orang lain. Banyak-banyak beristighfar, bersujud supaya hati itu sentiasa tenang. Bila hati tak tenang, kita tengok orang bahagia pun kita jadi tak tenang,” jelasnya.
Zubir sebelum ini menulis artikel mengatakan Aeril pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ummi Nazeera sebelum aktor tersebut menikah dengan isterinya, Wawa Zainal.
Sebagai respons terhadap artikel yang dianggap fitnah itu, Ummi telah menuntut Zubir membuat permohonan maaf kepadanya dan semalam menerusi akhabar Berita Minggu, Bipop, Zubir tampil dengan permohonan maafnya berhubung cerita yang ditulisnya sebelum itu
Zubir Bipop Balas Kenyataan Aeril Zafril
Nampaknya "peperangan" antara selebriti kontroversi Aeril Zafrel dan Zubir Bipop bertambah hangat apabila Zubir pula membalas kenyataan terbaru dari Aeril sebelum ini yang mendakwa seorang wartawan cuba menjatuhkan dirinya dan Wawa.
Menurut info, Zubir tidak berpuas hati dengan kenyataan Aeril tersebut yang tidak memuatnaik keseluruhan wechat antara Wawa dan beliau sehingga boleh menimbulkan kekeliruan kepada peminat.
Menurut kenyataan Zubir yang dipetik dari di laman Insta beliau,
Aeril Dedah Dalang Cuba Jatuhkan Dirinya & Wawa
Menurut kenyataan Zubir yang dipetik dari di laman Insta beliau,
uat peminat2 tegar & penyokong2 fanatik @aeril_zafrel & @waw4_zainal ini sambungan text @ bukti wechat yang cuba dijadikan alat propaganda mereka. Syabas! Renung kembali pribahasa ini: Kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga. Jangan kejutkan si naga yang sedang tidur nyenyak ???Melihat kepada kenyataan Zubir, "Kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga. Jangan kejutkan si naga yang sedang tidur nyenyak" mungkinkah akan ada lagi artikel atau ulasan dari beliau tentang pasangan Aeril dan Wawa ini?
David Teo Tidak Berdendam Dengan Wawa
David Teo Tidak Berdendam Dengan Wawa - KONTROVERSI isu status perkahwinan pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang pernah menuduh Metrowealth International Group (MIG) menjadi salah satu punca utamanya hubungan itu dirahsiakan tidak pernah melunturkan semangat Ketua Pegawai Eksekutifnya, David Teo, untuk menaikkan nama Wawa kembali.
David berkata, dia langsung tidak menyimpan dendam terhadap artis naungannya itu kerana yakin Wawa, 22, masih kurang matang dalam isu-isu pengurusan kerjaya terutamanya.
“Saya alu-alukan kedatangan Wawa apabila dia sudah bersedia untuk kembali aktif di bidang lakonan. Ini kerana kami masih sayangkan dia sebagai anak didik, seperti artis-artis naungan lain.
“Dalam perkara sebegini, saya dalam MIG sering menjadi bapa kepada artis-artis saya dan biasalah kalau ada ‘anak’ yang memberontak. Pihak MIG langsung tidak berdendam dengannya, malah mahu menaikkan namanya semula selepas kontroversi yang pernah berlaku,” katanya.
Terdahulu, Aeril dilaporkan sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, secara senyap dan hasil perkahwinan itu, mereka mendapat anak yang lahir pada 24 Ogos lalu dan diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.
Perkahwinan itu pada mulanya dirahsiakan gara-gara Wawa takut dimarahi David kerana berasa sudah melanggar kontrak yang dianggap artis naungan MIG tidak boleh bercinta atau berkahwin jika status hubungan mereka diketahui.
Dan kerana itu mereka bercadang akan memberitahu perkara status mereka sebagai suami isteri pada tahun 2015, selepas kontrak aktres itu tamat.
Sementara itu, David berkata, selepas kontroversi tersebut, Wawa telah menghubunginya pada pagi Jumaat lalu meminta maaf atas kesilapan yang dilakukannya.
“Wawa telah menghubungi saya dan sebagai seorang ‘ayah’ saya sudah memaafkan dia. Cuma sekarang ini pihak MIG menantikan kehadirannya ke pejabat.
“Sebelum ini ‘kehilangan’ Wawa selama hampir setahun telah banyak meninggalkan kesan terhadap kerjayanya apabila banyak tawaran lakonan termasuklah projek sebagai duta beberapa produk terpaksa ditolak begitu sahaja.
“Tidak kisahlah imej macam mana sekalipun dia bakal tampilkan (bertudung atau tidak), pihak MIG akan kembali menaikkan namanya semula. Kerana saya percaya Wawa boleh berjaya pada masa depan nanti,” tegas David. – MStar Online

