- Back to Home »
- david teo , wawa zainal »
- David Teo Tidak Berdendam Dengan Wawa
David Teo Tidak Berdendam Dengan Wawa - KONTROVERSI
isu status perkahwinan pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang pernah
menuduh Metrowealth International Group (MIG) menjadi salah satu punca
utamanya hubungan itu dirahsiakan tidak pernah melunturkan semangat
Ketua Pegawai Eksekutifnya, David Teo, untuk menaikkan nama Wawa
kembali.
David berkata, dia langsung tidak menyimpan dendam terhadap artis
naungannya itu kerana yakin Wawa, 22, masih kurang matang dalam isu-isu
pengurusan kerjaya terutamanya.
“Saya alu-alukan kedatangan Wawa apabila dia sudah bersedia untuk
kembali aktif di bidang lakonan. Ini kerana kami masih sayangkan dia
sebagai anak didik, seperti artis-artis naungan lain.
“Dalam perkara sebegini, saya dalam MIG sering menjadi bapa kepada
artis-artis saya dan biasalah kalau ada ‘anak’ yang memberontak. Pihak
MIG langsung tidak berdendam dengannya, malah mahu menaikkan namanya
semula selepas kontroversi yang pernah berlaku,” katanya.
Terdahulu, Aeril dilaporkan sudah mendirikan rumah tangga dengan
pelakon Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, secara
senyap dan hasil perkahwinan itu, mereka mendapat anak yang lahir pada
24 Ogos lalu dan diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.
Perkahwinan itu pada mulanya dirahsiakan gara-gara Wawa takut
dimarahi David kerana berasa sudah melanggar kontrak yang dianggap artis
naungan MIG tidak boleh bercinta atau berkahwin jika status hubungan
mereka diketahui.
Dan kerana itu mereka bercadang akan memberitahu perkara status
mereka sebagai suami isteri pada tahun 2015, selepas kontrak aktres itu
tamat.
Sementara itu, David berkata, selepas kontroversi tersebut, Wawa
telah menghubunginya pada pagi Jumaat lalu meminta maaf atas kesilapan
yang dilakukannya.
“Wawa telah menghubungi saya dan sebagai seorang ‘ayah’ saya sudah
memaafkan dia. Cuma sekarang ini pihak MIG menantikan kehadirannya ke
pejabat.
“Sebelum ini ‘kehilangan’ Wawa selama hampir setahun telah banyak
meninggalkan kesan terhadap kerjayanya apabila banyak tawaran lakonan
termasuklah projek sebagai duta beberapa produk terpaksa ditolak begitu
sahaja.
“Tidak kisahlah imej macam mana sekalipun dia bakal tampilkan
(bertudung atau tidak), pihak MIG akan kembali menaikkan namanya semula.
Kerana saya percaya Wawa boleh berjaya pada masa depan nanti,” tegas
David. – MStar Online