- Back to Home »
- movie »
- 21 Kesilapan dalam KL Gangster 2
Posted by : Unknown
Wednesday, October 30, 2013
1. Masa Malek jalan jalan di KL, ada mamat pegang kayu dan kawan dia tengah belasah orang. Mamat pegang kayu ada di sebelah kanan orang yang dibelasah. Tukar syot, tetiba mamat pegang kayu tu ada di sebelah kiri rakannya yang berbaju kemeja kotak.
2. Jai dengan gahnya datang kat meja sambil nak zip jaket. Tukar syot, belum sempat dia zip jaket, dia pegang leher jaket membetulkan kolar.
3. Member Jai yang pakai baju putih hilang tiba tiba dari belakang Jai dan tiba tiba ditemui sedang membelasah seseorang selepas tukar syot. Pantasnya dia gerak, tak sampai 1 sec! Haha…
4. KANTOI: Masa Shark datang, lantainya batu. Tapi, yang peliknya, masa mak Shark berjalan pergi, pelakon extra bergetar, macam earthquake tengah berlaku (lihat pelakon india). Menandakan yang pelantar mungkin digunakan dalam scene ni nak bagi tinggi beberapa pelakon yang pendek. Haha..
5. Adik Malik jatuh tepi peti ais tarik kain senget ketepi. Tukar syot, kain tu jadi kemas balik atas peti ais tiba tiba. Bila mamat tu cakap ‘mau bayar tak mau bayar?!’, kain tu senget balik. Dan syot seterusnya kemas balik. Begitulah sampai Malik muncul di pintu.
7. Tailong sepak /pecahkan jag dan punggung jag masih melekat di atas meja di tempat yang sama. Nampak seperti jag itu digam di meja untuk kesan pecah yang powerful!
9. Masa Malek masuk pintu tempat Tailong, pintu tu dah nak tertutup sendiri. Tukar syot, pintu terbuka luas semula seperti sebelum dia masuk.
10. Mamat kat belakang tu letak rokok kat mulut. Dan tangan dia menghala ke kotak rokok yang dipegang di tangan kanan. Tukar syot, kotak rokok di tangan kanan hilang. Dan dia ambil semula rokok di mulut menggunakan tangan kanan.
11. Dan, selepas dia buang rokok dari mulut, tiba tiba saja rokok tadi ada di mulutnya semula dan dia tengah bakar rokok tersebut dengan enaknya. Haish…
14. Masa helicopter nak mendarat, dua orang yang berada di tepi Jai hilang entah ke mana dalam syot seterusnya. Mereka kelihatan sedang buka pintu heli utk Tailong. Tapi, bila masa pula mereka jalan pergi ke sana?
16. Dada sebelah kanan Tailong terselak tiba tiba selepas tukar syot. Bila Tailong bagun dari baring, barulah baju tu tutup semula dada sebelah kanan. Malah kedudukan Tailong yang awalnya berada di atas buah dada Zati, berubah kedudukan berada di atas perut.
18. Tailong baring di tempat berbeza diantara syot. Lihat kedudukan bunga di atas karpet. Berbeza between syot.
19. KANTOI: Krew / siapa saja yang sedang menonton pembikinan adegan ini kelihatan di badan kereta yang dipandu Malek. Nak lihat? Slow-mo lah!
20. Bayang motor Jai berubah ubah between syot. Kemungkinan syot ini dirakamkan dalam masa yang agak panjang.
ntah pape..sikit pon aku x phm ko nulis pe...sikit2 'syot'..syot tu ape??? siot/shoot or syok???? nampak tak kat sini kau pun ade silap..bende sikit mcm ni pun ko dah wt keliru apetah lagi director yg nak bikin cite ni
ReplyDeletesyot tu babak ler. ko sorg je kot yg tak faham. zzzz
Deletemasa menulis pun dah banyak kesilapan, apatah lagi yang menjadikan ianya cerita.. Buat apa2 pun mesti ada kesilapan, jangan mengutuk kalau kita sendiri tak pandai buat.. Kutuk2, tgk jugak..huhuhu..
Deletexde keje
Deletenampak sangat ko tak pernah faham dunia pembikinan filem.. lebih-lebih lagi babak jai naik moto tu.. kau ingat nak shoot action movie ni boleh buat dalam masa 3-4 minit je ke bro?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNanti KL gangster 3 ko take over...
ReplyDeletetgok sikit mn silap ko???
setakat karang blog makcik2 pon boleh..
Melayu sama melayu pon nak Down kan..
btl..
Deleteada orang susah payah ambe gambar..ada orang senang nak kutuk...kl gangster2 bestlah
ReplyDeletesaya penulis asal artikel ni
ReplyDeletehttp://goofspotonfilm.blogspot.com/2013/10/kl-gangster-2-2013.html
sila letak sumber sebelum saya bertindak.. TQ