Posted by : Unknown Tuesday, December 3, 2013

Yana Samsudin: Kalau Saya Nak Buat Hidung, Saya Buat Lebih Cantik
KUALA LUMPUR : Pelakon, Yana Samsudin nafi telah melakuan pembedahan terhadap hidungnya supaya kelihatan lebih mancung seperti yang didakwa sebelum ini.
Menerusi laporan Harian Metro hari ini, Yana Samsudin menjelaskan perubahan pada wajah dan bentuk hidungnya ketika menghadiri Angerah Skrin 2013 (ASK 2013) adalah disebabkan solekan semata-mata.
“Bila masa pula saya buat muka? Kalau saya nak buat (pembedahan) pun, saya akan buat lebih cantik lagi. Ini tak, sama juga, masih bulat dan macam sebelum ini.
“Saya nak tergelak pun ada. Sebenarnya perubahan yang orang lihat pada wajah saya menerusi gambar di Instagram ketika menghadiri ASK 2013 adalah kesan solekan semata-mata.
“Apabila solekan itu menonjolkan batang hidung saya, itu yang orang nampak hidung saya lebih mancung daripada sebelum itu,” katanya.
Sementara itu, Yana turut memberitahu perbuahan pada bentuk wajahnya adalah kerana berat badannya semakin susut.
“Manakala, tulang pipi saya semakin menonjol sebab saya makin kurus, itu saja,” jelasnya lagi.
Spekulasi berkenaan mula bertebaran apabila wajah pelakon itu dilihat berlainan daripada wajahnya sebelum ini ketika menghadiri ASK 2013, Jumaat lalu.
Beberapa keeping gambar dimuat naik Yana di akuan Instagram miliknya kebelakangan ini juga seolah mengiyakan dakwaan itu apabila terdapat perbezaan ketara pada wajahnya sehingga sebahagian peminat mula berteka-teki mengenai kesahihan desas-desus itu.
Ketiadaan Yana di ibu kota kerana pulang ke kampung halamannya di Yong Peng, Johor semakin mengukuhkan spekulasi apabila beberapa sumber mendakwa pelakon itu menyembunyikan diri daripada khalayak selepas pembedahan berkenaan.
Namun Yana menafikannya, sebaliknya memberitahu dia pulang ke kampong kerana neneknya tidak sihat. – Murai

{ 4 comments... read them below or Comment }

  1. How about dkat Fan Run TM. Muka sangat lain. Mekap jugak ?

    ReplyDelete
  2. Alasan semata.....ingat kita ni bodoh sangat..ngaku jelah...berani buat brani la tanggung...muka dah x sweet mcm dulu..mcm transgender je ku rgk....

    ReplyDelete
  3. apa la busybody sgt korang ni. mekap memang boleh buat muka nampak lain.n juga posisi kamera . benda kecik pon na jadi isu, kalau plastic surgery pon urusan dia dengan Allah, bukan dengan korang. Allah yg layak bagi hukuman bukan korang. Sedar la diri skett.

    ReplyDelete
  4. Btl ape yg wawa ckp tuu

    ReplyDelete

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -