Posted by : Unknown Thursday, October 17, 2013

Almy Nadia Maafkan Fizz Fairuz
PASTINYA peminat kedua-dua artis ini sudah tidak sabar lagi mahu menyaksikan pasangan ini naik pelamin.
Selepas hubungan mereka kerap dilanda badai dan ‘on and off’, akhirnya pelakon Almy Nadia mengeluarkan kenyataan bahawa dia sudah memaafkan kesilapan yang pernah dilakukan oleh kekasihnya, Fizz Fairuz dan mengharapkan peminat mendoakan yang terbaik untuk masa hadapan mereka.
“Bagi saya tidak guna kami bersengketa kerana bidang ini kecil sahaja. Jika kami bermasam muka adalah lebih sukar untuk berada dalam bidang ini, jadi saya terima permohonan maaf daripada dia,” katanya memetik laporan sebuah akhbar, baru-baru ini.
Selain itu, Almy enggan mengulas lanjut mengenai arah perhubungan mereka dan lebih selesa untuk berahsia perkara itu.
Sebelum ini, pasangan pelakon popular ini pernah bercinta selama tujuh tahun tetapi putus di tengah jalan pada sekitar 2011 sebelum Fizz bertunang dengan wanita lain yang kemudian didakwanya sebagai isteri orang.
Itulah kata orang, kalau dah jodoh, lari ke mana pun, pasti bersatu jua.
Semoga segala perancangan mereka untuk menuju hari bahagia berjalan lancar tanpa sebarang masalah di kemudian hari. – MyNewsHub

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -