Posted by : Unknown Thursday, October 17, 2013

Hari ini, WSJ melaporkan yang mana pihak Apple mengurangkan tempahan untuk iPhone 5C mereka, berkemungkinan besar adalah kerana kekurangan permintaan daripada pengguna untuk model berkenaan.
Apple sebelum ini telah memperkenalkan dua telefon pintar baru pada bulan lepas, iaiu iPhone 5C dan juga iPhone 5S. Ramai yang mensasarkan iPhone 5C akan membawakan tanda harga rendah, tetapi pada akhirnya perbezaan harga antara kedua-dua telefon pintar berkenaan tidak jauh berbeza.
Menurut WSJ, pengurangan tempahan dijangka sekitar antara 20% ke 30% berbanding asal.
Selain pengurangan tempahan ini, menurut laporan yang sama, ia dikatakan pihak Apple ingin meningkatkan pengeluaran iPhone 5S dalam masa terdekat ini.
Di Malaysia, iPhone 5S dan juga iPhone 5C akan mula dijual pada 31 Oktober 2013 ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -