Posted by : Unknown Thursday, October 31, 2013

Foto : Aril AF Bakal Bernikah?
Admin telah menerima kiriman email yang mengandungi beberapa foto mesra dipercayai milik penyanyi yang lahir daripada program realiti TV, Aril, atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus bersama seorang wanita.
Melalui  kiriman email tersebut, difahamkan Aril telah pun bertunang dengan wanita itu dan mereka dikatakan sedang merancang untuk mengadakan majlis pernikahan dalam masa terdekat.
Menurut sumber-sumber terdekat, wanita tersebut dipercayai berasal dari Kelantan dan bekerja sebagai seorang pramugari di sebuah syarikat penerbangan luar negara.
Foto : Aril AF Bakal Bernikah?
Foto mesra Aril bersama wanita tersebut
Setakat ini, masih belum ada berita rasmi dari pihak Aril. Namun apa yang pasti, melalui perkongsian foto-foto yang diberikan, mereka kelihatan sangat mesra dan boleh dikatakan sebagai pasangan yang memang sedang hangat bercinta.
Sekeping kad kahwin juga turut dihantar kepada OHBULAN!, dipercayai nama wanita bersama Aril.
Foto : Aril AF Bakal Bernikah?
Kad kahwin yang tertulis nama Puteri Erma Edlinda

sumber : OH BULAN

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -