Posted by : Unknown Thursday, October 24, 2013

bas rombongan pengantin Gambar Bas Bawa Rombongan Pengantin Terbabas
Gambar Bas Bawa Rombongan Pengantin Terbabas |  Rombongan 27 orang termasuk pengantin lelaki yang dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan di Kota Baharu, Kelantan, berdepan detik menakutkan apabila bas sewa khas yang dinaiki terbabas dan terbalik di Km 104, Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu awal hari ini.
Dalam kejadian 6.30 pagi itu, semua anggota rombongan dari Johor Baharu, Johor terbabit hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Besut.
Jurucakap polis Besut yang dihubungi Bernama mengesahkan kejadian dan berkata siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila bas itu cuba mengelak sebuah kereta yang hilang kawalan dan memasuki laluannya.
bas rombongan pengantin2 Gambar Bas Bawa Rombongan Pengantin Terbabas
“Akibat itu bas terbabit terbabas ke bahu kiri jalan dan terbalik,” katanya.
Sementara itu saksi kejadian, Badli Wahab, 33, berkata kejadian berlaku kira-kira 15 meter dari rumahnya di Kampung Gerai.
“Saya terdengar bunyi dentuman yang kuat dan apabila menjengah keluar saya nampak sebuah bas terbalik dengan sebahagian badannya berada di dalam longkang yang dipenuhi air hujan,” katanya kepada pemberita.
Menurutnya, dia kemudian bergegas menyelamatkan mangsa. – BERNAMA

AisKosong :)

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -