Posted by : Unknown Wednesday, October 23, 2013

Curah Asid Ke Mulut Kerana Enggan Kahwin
Curah Asid Ke Mulut Kerana Enggan Kahwin - Mumbai : Seorang gadis remaja berusia 18 tahun kini berada dalam keadaan kritikal selepas bekas teman lelakinya memaksa gadis itu minum asid sebelum dia ditolak ke dalam laut, hanya kerana gadis itu enggan mengahwini lelaki berkenaan.
Gadis itu kini dirawat di Hospital Thunga sementara bekas teman lelakinya itu, Jitendra Sakhpal, 21, telah ditahan oleh polis.
Kejadian berlaku pada Sabtu lalu ketika Sakhpal berpura-pura mengajak gadis itu keluar dengan menaiki bot ke laut.
Selepas gagal memujuk bekas kekasihnya untuk berkahwin, dia telah bertindak kejam ke atas gadis itu.
Menurut polis, dia telah memegang mulut gadis itu dan menuang asid ke dalam mulutnya, menyebabkan asid itu turut tumpah ke bahagian muka gadis berkenaan.
Doktor kini
sedang menilai berapa banyak organ dalaman gadis tersebut yang terjejas akibat asid berkenaan.
Gadis itu menolak lamaran Sakhpal kerana dia tidak bekerja.
Malah sebelum ini bapa gadis tersebut yang bekerja dengan kerajaan tempatan telah membuat aduan polis, mendakwa Sakhpal sering menganggu anaknya.
Sakhpal juga didakwa memukul gadis itu di hadapan khalayak ramai dan pernah mengugut untuk membunuh gadis itu dan bapanya.
Susulan itu, polis telah memanggil gadis berkenaan dan Sakhpal ke balai polis dan kedua-duanya telah membuat perjanjian bertulis bahawa mereka tidak akan bertemu lagi.
Malangnya, perjanjian tersebut gagal menyekat Sakhpal daripada bertindak kejam ke atas gadis tersebut. 

Sumber : Maklumat.my

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -