Posted by : Unknown Friday, October 25, 2013

Ratu Rock Negara Hamil Anak Pertama?  

Ratu Rock negara, Norzila Aminuddin atau Ella, 47, menimbulkan tanda tanya peminat sekiranya dia kini sedang hamil anak pertama.

Hal ini kerana sebilangan peminat Ella dilihat mengucapkan tahniah kepadanya di laman Instagram sejak semalam.

Ella yang menamatkan zaman dara pada 7 Julai 2012 dengan juruterbang, Azhar Ghazali, 33, diketahui memang mengharap segera dikurniakan cahaya mata sebaik sahaja mengambil keputusan bernikah.
Antara ikhtiar yang dilakukannya termasuk mengambil suntikan Rubella untuk mengelak jangkitan virus tersebut sebelum dan semasa hamil.

Apa pun, nantikan sahaja sama ada berita gembira ini benar atau tidak daripada mulut Ella. Maklumlah, sesetengah orang memang tak mahu mengumumkan soal kehamilan sampailah tempoh tertentu.

Jika berita ini benar, tahniah diucapkan tapi kalau sebaliknya jangan sedih, tuhan pasti lebih tahu bila masa sesuai untuk diberikan rezeki tersebut. – REM RAMZI

ella
ella2 

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -