Posted by : Unknown Friday, October 18, 2013

Farid Kamil Larang Diana Makan Nasi
DALAM memastikan isterinya memperolehi tubuh badan langsing sama seperti sebelum bersalin, aktor Farid Kamil telah melarang Diana Danielle daripada menjamah nasi.
Kata Farid yang dipetik menerusi portal Ohbulan, “saya pernah berjanji kepada Diana untuk memastikan bentuk badannya kekal seperti asal selepas berkahwin, dan disebabkan itu, dia kena ikut prosedur saya”.
“Sewaktu mengandung, Diana tidak makan nasi dan lauk kari langsung. Dia cuma makan buah-buahan dan protein seperti ikan salmon untuk memberikan zat yang cukup kepada bayi,” katanya lagi.
Farid juga mengakui hanya akan membenarkan Diana menjamah nasi dalam tempoh masa enam bulan lagi.
Untuk makluman, Diana selamat melahirkan cahaya mata lelaki yang dikenali sebagai Muhammad pada 2 Julai lalu di Australia

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -