Posted by : Unknown Saturday, October 12, 2013

gambar chevrolet hitam milik jimmy shanley, kereta jimmy shanley rentung, kereta jimmy shanley terbakar, gambar kereta jimmy shanley, chevrolet optra hitam jimmy shanley, gambar kereta jimmy

Selepas 7 jam dilaporkan hilang di Simpang Pulai, Ipoh, Chevrolet Optra hitam miliknya itu dilaporkan dicuri dari sebuah rumah di Simpang Pulai ketika Jimmy pulang ke kampungnya untuk menziarahi seorang ahli keluarga yang meninggal dunia. 

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, berkata Jimmy membuat laporan di Balai Polis Simpang Pulai jam 12.30 tengah malam kelmarin, sejurus menyedari kehilangan kereta itu sebelum orang ramai menemuinya sedang terbakar dalam ladang sawit Kota Bahru, Gopeng, jam 7.30 pagi.

“Orang awam yang mengesyaki kenderaan itu baru dibakar, segera menghubungi polis sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi dan mendapati kereta berkenaan sudah hangus. Semakan nombor casis dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenal pasti ia milik selebriti tanah air itu,” katanya, semalam.

Kong Soon berkata, siasatan di lokasi tidak menemui sebarang alat atau bahan digunakan bagi membakar kereta itu, manakala semua barangan milik Jimmy yang berada dalam kereta berkenaan juga hangus.

“Siasatan sedang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kerana kereta itu dicuri di Simpang Pulai. Saya anggap kes ini agak pelik berikutan kereta itu dibakar selepas dicuri,” katanya.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -