Posted by : Unknown Sunday, October 13, 2013

Google
Laman enjin carian Google Malaysia telah digodam semalam oleh penggodam yang menggelar diri mereka “Team Madleets”.
Serangan siber itu telah menyebabkan laman carian itu tidak boleh diakses selama beberapa jam sebelum memaparkan beberapa mesej dipercayai daripada penggodam berkenaan.
Kejadian itu dikatakan merupakan satu di antara serangan variasi menggunakan kod DNS.
Penggodam mendapat akses ke laman Google Malaysia melalui Pusat Informasi dan Rangkaian Malaysia sebelu menukar rekod DNS laman Google dengan kod dari server penggodam iaitu Madleets.
Di laman itu turut tertulis ‘Diserang oleh 1337′ atau ‘Struck by 1337′ dipercayai dilakukan oleh seorang individu di dalam sebuah kumpulan penggodam digelar 1337.
GoogleHacked01
1337 dipercayai telah menggodam beberapa laman web di beberapa buah negara sebelum ini.
Ada mesej yang pelik diberikan oleh penggodam itu yang berbunyi
“Kami berasa kami perlu memaklumkan kepada semua, bahawa kami tidak menggodam laman web sebagai contoh google.com.my kerana kebencian. Kami tidak membenci sesiapa, kami cintakan kemanusiaan. Sebenarnya tidak ada tujuan khusus untuk kami menggodam. Biarlah tujuan kami bukan kerana kebencian. Apapun alasannya, kami tidak mampu untuk menjelaskan kerana kami sayang kamu semua.
Menurut laman Facebook mereka dengan nama Madleets Official, mereka mendakwa perbuatan mereka tidak menyalahi etika alam siber dan hanya mendidik para pengguna internet cara bagaimana untuk menggelakkan anda dari digodam.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -