Posted by : Anas Nazri Sunday, October 13, 2013

apple-iphone5s-malaysia-price
Selepas beberapa bulan hangat diperkatakan, Apple akhirnya telah membuat pengumuman rasmi mengenai generasi iPhone yang akan datang pada majlis khas di Cupertino semalam.Selain itu, Apple mengumumkan bahawa mereka akan memberikan subsidi bagi model iPhone di Amerika Syarikat namun tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai harga peranti ini di benua lain.
Satu berita yang mengecewakan adalah Apple dilihat kini menjual model iPhone 5S ini dengan harga yang lebih tinggi berbanding iPhone 5 yang dilancarkan tahun lalu.
Di negara jiran iaitu Singapura, Apple store menawarkan iPhone 5S dengan kapasiti 16GB pada harga SD $998( RM 2566), iPhone 5S 32GB SD $1148 ( RM 2953) dan iPhone 5S 64GB pada harga SD $ 1288( RM 3313). Harga ini dilihat adalah peningkatan berbanding iPhone 5 yang hanya dijual sekitar $850 ketika pelancaranya tahun lalu. Selain itu, harga itu iPhone 5S ini juga telah dinaikkan di negara-negara sekitar Eropah .
Walaubagaimanapun, kami pasti bahawa iPhone 5S akan ditawarkan pada harga yang lebih rendah oleh syarikat telekomunikasi tempatan seperti Maxis, Celcom, DiGi dan sebagainya.
Dengan peningkatan harga ini, kami mula tertanya sama ada Apple melancarkan iPhone 5C untuk memberikan alternatif yang lebih murah berbanding model premium iPhone atau semata-mata mahu meningkatkan harga iPhone 5S.
iPhone 5S dan iPhone 5C akan dilancarkan pada 20hb September ini di Amerika Syarikat, United Kingdom,Australia, Canada, China, Perancis, Jerman, Jepun dan Singapura. China juga ditempatkan sebagai antara negara terawal menerima peranti ini buat kali pertama.
Apple tidak memberikan apa-apa maklumat mengenai harga dan bila kedua peranti terbaru Apple ini akan ditawarkan di Malaysia.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -